Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 20 July 2013

DAKWAT KEKAL-JANGAN SAMPAI PISANG BERBUAH KALI KE DUA

JERTIH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi mengadakan simulasi mencelup dakwat untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kepada wakil-wakil media di Pejabat Daerah Kuala Besut di sini. 
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, bagi mendapatkan kesan tanda dakwat pada jari, pengundi-pengundi dinasihatkan supaya memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum mencelup jari ke dalam dakwat. 

"Selepas dicelup dakwat kekal it perlu dibiarkan kira-kia 30 saat untuk kering. 


" SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci, warnanya akan muncul semula di jari," katanya dalam kenyataan akhbar yang diedarkan selepas simulasi terbabit. 

Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata, pengundi-pengundi diingatkan supaya tidak menggunakan dakwat kekal pada jari itu untuk menanda kertas undi. 

Katanya, bagi menanda kertas undi, SPR sudah menyediakan pen di setiap petak undi. 

Sementara itu, wakil calon PAS, Wan Azhar Wan Ahmad berharap dakwat kekal yang digunakan pada PRK berkenaan perlu berkualiti berbanding ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). 

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...