Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday 19 July 2013

ISU MARINO KENAPA PAS MEMBISU,INI SEBABNYA...

Saya membaca tulisan seorang kolumnis di dalam akhbar Sinar Harian hari ini halaman 52 di bawah tajuk "Isu Marino : PAS Masih Membisu".
Penulis mengkritik PAS kerana kononnya PAS dikatakan membisu dalam isu Duta Vatican City, Biskop Joseph Marino yang mengulas isu penggunaan kalimah Allah di kalangan Kristian di negara ini.

Respon saya mudah sahaja, UMNO masih lagi menjadi kerajaan di negara ini. Undang-udang di tangan kerajaan. Realiti hari ini di Malaysia ialah penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah Allah jauh sebelum Marino bersuara. Ertinya sebelum Mari-No, um-No terlebih dahulu membenarkan kalimah Allah digunakan orang Kristian di Malaysia Timur.

Tidak payahlah mengheret PAS dalam kemelut yang direka-reka ini. Kita faham sangat, isu ini hanyalah 'makanan segera' di Kuala Besut sahaja.(DARI FB TOK GURU)


sinar harian

Lazimnya duta atau kedutaan asing di sesebuah negara termasuk juga di negara ini dilarang mencampuri urusan politik, apatah lagi menjadi dalang secara langsung dalam hal ehwal sesebuah negara. Setakat menjadi mata dan telinga serta menjaga kepentingan rakyatnya di sini sudah memadai.
Yusof Harun
                                          yusof harun

Dalam kes Duta Vatican City, Biskop Joseph Marino yang mencampuri urusan negara kita dengan turut mengulas isu penggunaan kalimah ALLAH di kalangan Kristian sangat membimbangkan. Ia dilihat campur tangan asing dalam  hal ehwal serta kebebasan beragama yang kita anjurkan.

Sedang Islam adalah agama rasmi, agama lain termasuk agama Kristian tidak dilarang. Lihat saja gereja yang bersepah di merata tempat. Sebagai contoh di Petaling Jaya, rasanya lebih banyak gereja daripada masjid.

 Mungkin bagi Marino yang baru pertama kali bertugas di sini, Malaysia mahu dilihat seperti negara-negara Barat—bebas dalam banyak aspek. Namun dia terlupa Barat lebih bersifat double standard bila melibatkan Islam. Mereka mendakwa maju dan bertamadun tapi sebenarnya mereka tak bebas. Lihat saja di AS dan UK, mereka bercakap sesuka hati tanpa mengira perasaan kaum minoriti. Di negara-negara ini yang sering jadi mangsa ialah orang Muslim.

Tapi Marino harus ingat Malaysia bukan AS ataupun UK ataupun Itali iaitu lokasi Vatican City yang mana mereka boleh saja membelasah agama Islam kerana di sana, Islam bukan agama rasmi.

Isu kalimah ALLAH dan penggunaan kalimah ini yang dituntut pihak Kristian kini masih di peringkat mahkamah. Pihak berkenaan belum capai sebarang keputusan untuk memberi ruang pada Marino memberikan pendapat. Kalau dia nak bagi sebarang syor, kita percaya sebagai duta dia tahu saluran itu.

Dia sedar dengan menggunakan saluran media lebih-lebih lagi portal berita  seperti dipilihnya boleh menimbulkan kekecohan berpanjangan. Melainkan beliau memang berniat nak melihat puak Islam dan Kristian di Malaysia terus bersengketa dan berbalah macam di Ireland Utara antara penganut Protestan dan Katolik, maka niatnya itu hampir tercapai.

Untuk rekod, kenyataan Marino dibuat pada sebuah portal berita sebagai menyokong gereja Katolik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh puak-puak ini. Ironinya Marino sedar kes ini masih dalam proses penghakiman namun dia secara terbuka memuji hujah-hujah  dikemuka Persekutuan Kristian Malaysia bagi membolehkan perkataan ALLAH dalam teks dirujuk kepada “God.”

Kenyataan Marino mengundang reaksi masyarakat Islam sehingga turut memberi reaksi ialah Menteri Luar, Anifah Aman. Beliau secara terbuka berkata kenyataan Duta Vatican City itu tidak wajar dan melampaui batas. Mungkin sebagai menteri kenyataan itu agak berlapik tapi bagi aktivis serta NGO Islam lain, mereka mahu Marino dihalau pulang. Bayangkan kalau dia berani buat kenyataan secara terbuka dia tentu sanggup buat benda-benda tidak disukai umat Islam lebih drastik lagi.

Campur tangan Marino dalam isu agama bukan saja mengundang polemik berpanjangan, ia juga dibimbangi mencetuskan “tragedi Natrah semula.” Dalam kes Natrah, penganut agama Islam menentang sistem British secara fizikal sehingga mengakibatkan ramai nyawa terkorban. Kita faham Malaysia bukanlah pilihan Barat kerana di Malaysia, yang memimpin ialah tokoh-tokoh beragama Islam.         

Justeru mereka berasa prejudis kerana Islam mendapat ruang yang jauh  lebih baik. Tetapi bukankah di AS dan UK, penganut Kristian diberi ruang dan layanan kelas pertama untuk mempraktikkan agama anutan mereka berbanding orang Muslim?

Bagaimanapun sedang isu ini menjadi panas, kita dapati Pas mengambil jalan selamat dengan tidak mencampuri atau mempertahankan kerajaan dan umat Islam lain. Ia lebih mengutamakan menjaga perasaan dan hubungan dengan rakan-rakan PR seperti DAP dan PKR berbanding berjuang di barisan depan Islam. Pas sedar tanpa dua parti ini khususnya DAP peluang Pas untuk menumpang kuasa seperti di Pulau Pinang dan Selangor tak ubah macam ikan emas dalam akuarium—sekadar sedap mata melihatnya tapi tak boleh pegang. Maka betullah kata pengkritik Pas bahawa parti itu lebih berjuang untuk mendapat kuasa dan Putrajaya daripada memperjuangkan agama kerana kes Marino adalah contoh yang terbaik.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...