"Saya rasa gejala ini berlaku selepas PRU13, mungkin ini semua tajaan DAP," katanya.
Bung dakwa DAP taja Alvin, Vivian
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokthar Radin mendakwa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee adalah tajaan DAP.
Tindakan Bung Mokthar itu membangkitkan kemarahan wakil-wakil rakyat DAP sehingga mencetuskan kekecohan.
Bung Mokthar dalam ucapan perbahasannya meminta kerajaan menahan dan menghukum pasangan terbabit kerana menyentuh sensitiviti agama di negara ini.
"Mereka perlu didakwa dan ditangkap serta merta, jangan dibebaskan, penjarakan.
"Saya rasa gejala ini berlaku selepas PRU13, mungkin ini semua tajaan DAP," katanya.
Kenyataannya itu mengundang kemarahan wakil rakyat DAP yang bangun dan membantahan dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Anthony Loke (DAP-Seremban), Nga Kor Ming (DAP-Taiping).
"Ini fitnah. Tarik balik. Tarik balik kenyataan," tegas Kor Ming.
Teresa Kok (DAP-Seputeh) bangkit membacakan peraturan mesyuarat berbunyi seseorang ahli tidak boleh membuat sangkaan buruk keatas ahli lain. "Apa yang dikatakan itu memang sangkaan jahat," katanya.
Bung Mokhtar bagaimanapun hanya ketawa apabila melihat respon wakil rakyat pembangkang itu.
"Bukan saya tuduh seseorang sahaja, saya sebut secara menyeluruh.
"Saya kata mungkin. Bukan tuduhan," katanya sambil ketawa.(SH)
No comments:
Post a Comment