Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 14 June 2013

IKAN BENGALAN MENCECAH RM130 SEKILO


BELAGA – Ikan air tawar, bengalan kini menjadi kegilaan ramai ekoran rasa isinya yang enak walaupun harga ikan liar itu dijual sehingga mencecah RM130 sekilogram.
Bengalan atau nama saintifiknya, Puntioplites Bulu atau turut dipanggil tenggalan, merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai nilai pasaran tinggi.
Menurut seorang nelayan, Rudis Tugang, 44, walaupun harga ikan itu tidak setanding dengan harga ikan empurau yang dianggap raja Sungai Sarawak dan ikan semah, keenakan isi bengalan dianggap antara yang terbaik.
“Isinya lembut, padat dan lazat, manakala proses memburunya yang sukar telah membuatkan harga ikan ini sangat mahal sehingga mencecah RM130 sekilogram.
“Bengalan hidup di air bersih dan sungai besar seperti Sungai Rajang,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.(HK)


No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...