Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 16 April 2013

WANITA MUDA MALU DI HIDANG VIDEO LUCAH



KUALA LUMPUR: Wanita muda menolak keras budaya politik fitnah dan lucah yang digunakan untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin dari mana-mana parti politik sekalipun.

Pengerusi Ameerah Zon Selatan, Anis Afida Mohd Azli (gambar) yang juga calon PAS di Parlimen Pengerang berkata, budaya politik tidak bermoral sedemikian akan mencalarkan maruah seseorang dan memberikan imej yang negatif dan tidak sihat dalam masyarakat.

"Sebagai ahli politik seharusnya kita beradu kekuatan berdasarkan idea dan berlumba-lumba dalam memberikan manfaat kepada rakyat bukan seperti yang berlaku hari ini, menjatuhkan pihak musuh dengan fitnah dan taktik jahat dalam pilihan raya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Minggu lalu, beberapa blog pro-Umno memuatkan video yang didakwa melibatkan seorang lelaki mirip Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel.

Mengecam tindakan tersebut, Anis yang juga Pengerusi NGO Pengerang juga berkata, media juga bertanggungjawab memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya kepada umum.

"Selain itu, pengamal media dan orang awam juga seharusnya bersama-sama menitikberatkan perkara ini dan memberikan kerjasama dalam mengekalkan suasana yang aman dan bersih dalam negara Malaysia.

"Saya sangat mengharapkan suasana yang aman dan sihat akan berlaku dalam pilihan raya akan datang nanti," katanya.(hd)

No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...