Bila menyebut dosa dan pahala maka ia tentunya bersangkutan dengan syurga dan neraka.Kita pun rasa terkilan bila kita marah bila orang mempersoalkan tentang dosa,pahala,sedangkan kita orang islam semestinya nak taknak mesti terlibat tentang dosa dan pahala,hatta dalam soal berak dan kencing pun terlibat dengan dosa dan pahala,apatah lagi dengan soal politik.Ada segelintir(dalam jumlah yang besar) yang mengatakan politik dan agama adalah asing-asing,maka kerana sebab itulah kita tidak boleh bercakap tentang dosa pahala,dan sebab itu jugalah ada berlaku fitnah yang melampau,korupsi dan bermacam-macam.
Tapi heran juga orang-orang seperti ini pun turut buat solat hajat,mana yang kata potik dan agama itu terpisah....
Petikan tulisan dari akhbar sinar harian
Sabtu lalu ketika penulis ke Kampung Simpangan Tumpat beberapa orang kampung - pendukung kuat Barisan Nasional datang berjumpa penulis sambil melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan inti pati ceramah oleh seorang ustaz muda yang begitu galak berkempen untuk Pas.
Ustaz tersebut mendakwa solat orang Umno tidak dapat pahala kerana menolak Islam. Sebenarnya pencacai Pas ini hanya meluahkan kembali kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini berkali-kali mendakwa Umno parti sekular kebangsaan yang tolak Islam. Berasaskan hujah ini, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak mendapat sebarang pahala lantaran tidak diterima ALLAH.
Isu-isu melibatkan aqidah dan keimanan sebegini semacam sudah menjadi skrip biasa buat pemimpin-pemimpin Pas setiap kali menjelang pilihan raya. Bagi penulis, Pas terpaksa memugarkan kembali isu-isu sebegini demi memastikan kelangsungan sokongan pengikut-pengikutnya, terutama dalam keadaan Pas yang dilihat serba-salah antara mempertahankan prinsip perjuangan dengan kompromi politik bersama Pakatan.
Apa tidaknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pas dilihat begitu mudah berkompromi, bahkan bersedia menanggalkan dasar-dasar parti hanya untuk memastikan kemenangan pakatan pembangkang menawan Putrajaya. Isu-isu yang menerasi perjuangan Pas selama ini seperti konsep Negara Teokrasi berasaskan Islam, hukum hudud sudah tidak lagi didendangkan malah berjaya dilunakkan oleh DAP dan PKR.
Pas juga dilihat tidak tegas, bahkan berubah-ubah kenyataannya apabila berhadapan dengan isu-isu yang amat dekat dengan Melayu-Islam seperti kalimah ALLAH yang hendak diguna-pakai dalam kitab Injil versi Bahasa Melayu, pluralisme agama, liberalisme, murtad, LGBT dan banyak lagi.
Sebab itulah apabila timbul kembali isu-isu seperti kafir-mengkafir, pahala dosa dalam ibadah dan pelbagai isu lain menyentuh aqidah dan keimanan, ia hanyalah satu cara untuk mengalihkan sementara persepsi rakyat daripada beberapa pertikaian mengenai perjuangan Pas kini.
Berbalik kepada isu dakwaan sembahyang orang Umno tidak dapat pahala dan tidak diterima ALLAH kerana kononnya Umno menolak Islam, siapakah kita untuk menilai dan mempertikaikan status solat seseorang. Sedangkan Nabi SAW sendiri sentiasa bersangka baik dan berhukum berasaskan yang zahir sahaja.
Disebut dalam Hadis Sahih Riwayat Bukhari satu kisah ketika Nabi SAW sedang membahagi-bahagikan perolehan harta kepada mereka yang berhak, tiba-tiba berkata seorang lelaki dari satu kaum bahawa mereka lebih berhak menerima lebih banyak daripada kaum yang satu lagi.
“Wahai Rasulullah bersikap takutlah kamu kepada ALLAH” (sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi), Baginda menjawab : “Bukankah aku sepatutnya (sebagai Rasulullah) orang yang paling takut kepada ALLAH.” Lelaki tersebut lantas terus beredar dengan rasa tidak puas hati. Manakala sahabat Nabi SAW Khalid bin Al-Walid berkata kepada Nabi SAW:
“Bolehkah aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad). Baginda menjawab : “Tidak, mungkin dia masih menunaikan solat”. Khalid berkata: “Berapa ramaikah orang yang menunaikan solat manakala lidahnya berkata sesuatu yang tidak sama dengan apa yang ada di dalam hatinya (merujuk kepada sifat orang munafiq).”
Baginda membalas: “Sesungguhnya aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka” ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742).
Demikianlah sikap dan pendirian Nabi SAW yang meletakkan prinsip secara jelas untuk diteladani bahawa sesungguhnya tugas dan tanggungjawab kita adalah sekadar berdakwah kerana akhirnya hanya ALLAH yang berkuasa mutlak menentukan siapa yang diredai-Nya dan siapa yang berlaku curang pada-Nya.
Justeru, mendakwa Umno tolak Islam dan memperjuangkan faham sekular tentunya satu tuduhan melulu yang tidak betul lagi tidak berasas. Apatah lagi untuk mendakwa solat orang Umno tidak diterima ALLAH dan tiada pahala berpandukan hujah dangkal yang berupa fitnah dan tohmah pastinya tertolak menurut neraca Islam.
Hentikanlah tuduhan melulu sebegini. Jangan sesekali kita berlagak seperti Tuhan hingga seolah-olah mampu menerobos masuk ke lubuk hati manusia untuk menentukan tahap keikhlasan mahupun keimanan hingga sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman dosa pahala terhadap seseorang.source

No comments:
Post a Comment