Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday, 11 April 2013

TANGKI NAJIS MELETUP,DUA BERANAK CEDERA


ALOR GAJAH - Tindakan dua beranak membersihkan tangki najis menggunakan karbait mengundang padah apabila tangki itu meletup dalam satu kejadian di sebuah taman perumahan di Masjid Tanah, di sini, petang kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu mangsa, Zakuan Syahmi Zaili, 9, melecur seluruh muka manakala ibunya, Surani Jayali, 48, cedera di muka akibat terkena api yang menyambar.

Jirannya yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, Zakuan Syahmi mencampakkan karbait ke dalam tangki terbabit dan ketika membuka penutupnya gas karbait menyambar api pada gulungan kertas di tangan ibunya yang baru dinyalakan.

“Selepas memasukkan ketulan karbait yang kedua, Zakuan Syahmi bertindak membuka penutup tangki mengakibatkan gas karbait itu menyambar api yang menyala pada gulungan kertas di tangan ibunya.

“Akibat letupan itu, Zakuan Syahmi tercampak sejauh tiga meter sebelum menggelupur kesakitan dan kepanasan sehingga seluruh mukanya merah padam,” katanya.

Sementara itu, Surani berkata, ketika kejadian hanya dia dan anak bongsunya berada di rumah lalu bercadang untuk membakar jentik-jentik di dalam tangki.

“Sehari sebelum kejadian anak saya ada mengadu terlalu banyak nyamuk di rumah dan kami merancang untuk memusnahkan jentik-jentik dengan membakar tempat pembiakannya.

“Semasa memasukkan ketulan karbait, saya menghidupkan api pada kertas sementara anak saya mencangkung di hadapan tangki itu dan terus membuka penutup menyebabkan letupan berlaku,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan panik dia segera mendapatkan anaknya dan mendapati muka anaknya itu sudah kemerahan serta kebiruan lalu membawanya masuk ke bilik air.

“Ketika itu, saya dapat rasakan tudung melekat pada kulit muka dan jiran mula memenuhi hadapan rumah selepas terdengar letupan kuat.

“Saya terus membawa anak masuk ke bilik air dan menyiram air pada badannya kerana mengadu kepanasan sebelum jiran datang membawa kami ke hospital,” katanya.

Surani berkata, mujur ketika kejadian jiran segera datang membantu kerana suaminya, Zaili Yaacob, 54, berada di Kuala Selangor atas urusan peribadi.

“Saya bertambah panik apabila ke klinik berdekatan tetapi diberitahu doktor tiada sebelum ke klinik swasta, namun menerima jawapan sama lalu ke Hospital Alor Gajah,” katanya.

Dia yang baru pulih daripada melecur di bahagian muka berkata, sepanjang perjalanan menuju ke hospital, dia tidak henti meminta maaf kepada anaknya itu kerana merasa bersalah atas kejadian.

“Walaupun ia kemalangan yang tidak dijangka, namun saya tetap rasa bersalah atas kejadian yang berlaku terhadap anak yang kini terpaksa berehat dan tidak dapat ke sekolah.

“Sudah banyak kali maklumkan masalah ini kepada pihak berkaitan, namun tiada sebarang tindakan dibuat hingga kami terpaksa lakukan sendiri,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang berhubung kejadian berkenaan.


No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...