SHAH ALAM - Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som menegaskan, kenyataannya menerusi laman Twitternya minggu lalu tidak bersifat menghina Nabi Muhammad SAW, sebaliknya disalah tafsir oleh beberapa akhbar.
"
"
Menurutnya, budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik dan berlaku sejak dahulu lagi.
"Membaca cerita golongan munafik agama zaman Baginda yang tidak mengenal erti suci dan maruah diri walaupun terhadap Nabi yang maksum inilah yang mendorong saya meyakini bahawa budaya politik kotor adalah kerja musuh agama bukan hanya
musuh dalam politik," katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.
Katanya, tidak ada beza perangai munafik dahulu dan kini di mana senjata mereka sama iaitu fitnah melampau.
"Fokus utama kenyataan itu adalah kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) yang banyak melakukan perkara tidak baik demi kelangsungan politik mereka," katanya.
Menurutnya, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini, Umno dan BN mula takut dan kerana itu mereka sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa yang ada.
"Umno dan BN bersedia melakukan apa jua termasuk yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran rakyat. Video seks dan cerita skandal pimpinan Pakatan Rakyat (PR) merupakan modal terkini yang mereka usahakan.
"Ini satu tindakan hina dan jijik. Jauh bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan moral yang murni. Mereka juga telah banyak menghina, fitnah, mengaibkan, rasuah, zalim, politik samseng dan banyak lagi telah menjadi amalan," katanya.
Katanya, Umno dan BN yang menghina Nabi dan bukannya dirinya.

"Tulisan saya jelas, penuh ingatan dengan harapan supaya rakyat Malaysia menjauhi politik fitnah yang menjadi senjata Umno dan BN membunuh musuh politik mereka," katanya.
(SINAR HARIAN)
(SINAR HARIAN)
No comments:
Post a Comment