Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday, 23 September 2012

TAK BERHATI-PERUT


SAKIT... Zura Ashikin patah tulang pinggul kiri akibat digilis selepas diragut kelmarin.
SAKIT... Zura Ashikin patah tulang pinggul kiri akibat digilis selepas diragut kelmarin.
KOTA BHARU: “Tubuh saya digilis kereta peragut dan saya dapat melihat kesan tayar di perut ketika menerima rawatan di hospital,” kata guru, Zura Ashikin Mustafa, 48, yang menjadi mangsa ragut di hadapan sebuah bank di Pasir Tumboh, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Zura berdepan pengalaman mengerikan apabila diseret sejauh tiga meter dari tempat kejadian oleh seorang lelaki yang meragut beg sandangnya sebelum terlentang dan digilis dengan kereta dinaiki lelaki terbabit dan dua rakannya dalam usaha untuk melarikan diri.

Akibat kejadian itu, guru Sekolah Kebangsaan Dato Hashim, Pengkalan Chepa itu patah tulang pinggul kiri, luka di kaki kiri serta kanan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Zura kerugian kira-kira RM2,000 selepas wang tunai berjumlah RM300 dan telefon bimbit serta beberapa dokumen penting disimpan di dalam beg sandangnya dilarikan peragut terbabit.

Menceritakan kembali pengalaman berkenaan, ibu kepada lapan anak itu berkata, kejadian berlaku selepas dia mengeluarkan wang di bank dan membeli polisterin untuk peralatan mengajar di kedai berhampiran.

“Ketika saya meletakkan polisterin di tempat duduk belakang kereta, tiba-tiba beg sandang di bahu kiri direntap dari belakang.
“Saya kemudian terjatuh dalam keadaan terlentang dan diseret peragut yang cuba menarik beg sandang yang masih tersangkut di bahu,” katanya.

Menurut Zura, selepas diseret hampir tiga meter dari tempat kejadian, beg itu berjaya dilarikan peragut sebelum dia digilis kereta jenis Nissan Sentra yang dinaiki peragut berkenaan.
“Selepas dilanggar, saya hanya nampak kereta itu memecut ke arah Peringat dan mengerang kesakitan sebelum orang ramai datang membantu,” katanya.

Suami Zura, Rusliee Razali, 49, menyifatkan perbuatan peragut itu tidak berperikemanusiaan.

“Penjenayah itu bukan hanya meragut malah sanggup menggilis isteri saya dengan kereta. Ini perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

“Saya harap polis dapat menjalankan siasatan terperinci supaya peragut itu segera ditangkap, “ katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya, suspek sedang dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 20 tahun penjara dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...