Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 3 September 2012

JAKIM PERLU WUJUDKAN FIQH PENERBITAN

Jakim perlu wujudkan Fiqh Penerbitan
Ainon Muhammad @ Ainon Mohd
BAGI membendung dan mengawal kewujudan novel lucah yang kini kembali dalam pasaran, novelis terkenal, Ainon Muhammad @ Ainon Mohd berkata, keseragaman dalam penerbitan diperlukan sebagai panduan kepada penulis, editor dan penerbit.
Lambakkan novel lucah di pasaran

Memperincikan lagi mengenai keseragaman tersebut, Ainon Muhammad yang juga pengasas kepada syarikat penerbitan PTS Publications & Distributors berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mewujudkan keseragaman yang disebut Fiqh Penerbitan.   
"Jakim perlu melantik suatu panitia pakar bagi mengeluarkan garis panduan halal-haram bagi kegunaan industri penerbitan, bukan hanya halal-haram pada makanan kerana garis panduan Jakim yang ada sekarang tidak meliputi karya kreatif," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam Fiqh Penerbitan tersebut, perlu ada Fiqh Karya Kreatif, iaitu ketetapan-ketetapan berkenaan elemen-elemen yang halal dan haram dalam sesebuah novel.

"Pada masa ini PTS mempunyai garis panduan sendiri mengenai halal haram dalam karya kreatif dan non-kreatif. Garis panduan itu digubal oleh pakar-pakar agama dalam PTS sendiri. Garis panduan itu digunakan oleh editor-editor PTS bagi mengawal isi kandungan dalam karya kreatif terbitan syarikat.

Pada masa ini penulis dan editor sebenarnya, kata beliau, mengalami banyak kekeliruan berkenaan apa yang halal dan apa yang haram ditulis dan diterbitkan dalam karya kreatif.

"Contoh salah satu kekeliruan itu adalah adegan bercumbu-cumbu yang dilakukan oleh pasangan kekasih di mana kebanyakan setuju adegan itu haram dituliskan. Namun, apabila melibatkan degan bercumbu-cumbu yang dilakukan oleh pasangan suami isteri, di sini ada pihak berpendapat ia halal dituliskan tetapi ada juga pihak berpendapat ia haram dituliskan," katanya.

Oleh itu, beliau berkata, bagi menuju ke arah pengeluaran garis panduan tersebut, Jakim perlu mengadakan konvensyen khusus bagi membincangkan halal haram dalam penerbitan.

"Jika Jakim sudah mengeluarkan Fiqh Penerbitan, tetapi masih ada penulis dan penerbit yang melanggarnya, maka sekurang-kurangnya mereka sudah tahu apa yang mereka langgar," katanya.  

-sinar harian-

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...