Kedai emas pula jadi mangsa
KUALA LUMPUR - Tindakan pelik seorang pengawal keselamatan tidak memakai uniform seperti kebiasaan, rupa-rupanya helah untuk merompak kedai emas tempatnya bekerja.
Difahamkan pengawal keselamatan yang baru sebulan diambil bekerja oleh sebuah syarikat kawalan keselamatan itu bertindak nekad mengacukan pistol kepada pengurus kedai emas berkenaan sebelum melarikan barang kemas dari premis berkenaan yang terletak di sebuah kompleks membeli- belah di Setapak,semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, suspek berusia 23 tahun meminta semua pekerja mencangkung sebelum melarikan 93 utas rantai dalam tempoh tidak sampai dua minit.
Pengurus kedai itu, Robert Lourdusamy berkata, ketika kejadian dia bersama lapan orang pekerja termasuk pengawal keselamatan berkenaan mahu menyusun barang kemas untuk dimasukkan ke dalam cermin pameran sebelum premis itu beroperasi.
“Saya agak curiga dengan pengawal itu kerana tidak memakai uniform syarikat keselamatannya. Sebaliknya, hanya memakai topi berwarna gelap, berbaju T dan seluar panjang berwarna biru gelap,”katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, ketika pekerja sedang menyusun barang kemas, pengawal itu tiba-tiba mengacukan pistol ke arah dadanya sambil mengarahkan semua pekerja diam dan duduk mencangkung.
“Pada awalnya, saya ingat dia bergurau memandangkan dia (suspek) adalah seorang periang dan suka bergurau," katanya.
Menurut Robert, suspek terus mengambil 93 utas rantai dari rak pameran dan terus melarikan diri.
Katanya, rompakan itu memang dirancang kerana ada seorang wanita selalu melawatnya di kedai emas itu kira-kira sebulan yang lalu.
“Wanita itu kerap ke kompleks beli-belah ini, saya tak pasti sama ada wanita terbabit adalah isteri atau adik beradiknya.
“Kelmarin, saya ada meminta dia (suspek) membawa kad pengenalan sebenarnya untuk membuat kad perakam masa (punch card) memandangkan dia selama ini hanya membawa salinannya sahaja,” katanya.
Robert berkata, dia tidak pasti sama ada kad pengenalan yang digunakan suspek tulen atau palsu.
Sementara itu, seorang pekerja wanita yang bekerja di sebuah kedai aksesori berkata, dia ada ternampak kelibat perempuan Indonesia di kedai emas itu sejak kebelakangan ini.
Wanita yang enggan dikenali itu berkata, perempuan itu berambut panjang, kerinting dan berkulit hitam manis serta selalu mengenakan pakaian bergaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan mengesahkan kejadian dan sedang membuat siasatan.
Polis juga sedang menyiasat sama ada pistol yang digunakan dalam rompakan tersebut kepunyaan suspek atau dibekalkan oleh syarikat kawalan keselamatan tempatnya bekerja.
Usaha Sinar Harian menghubungi syarikat kawalan keselamatan terbabit bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai insiden itu gagal kerana wakil syarikat berkenaan enggan memberikan sebarang komen.
Ini kejadian kedua selepas insiden 22 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, 37, ketika merompak cawangan bank berkenaan di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.

KATA ORANG,BILA ADA PEGAWAI KESELAMATAN,KESELAMATAN AKAN TERJAGA..ITU KATA ORANG BUKAN KATA ALLAH(YANG SELAYAK BAGI ALLAH,AMAT MALANG LAGI KALAU PEGAWAI ITU RAKYAT ASING,,,,
No comments:
Post a Comment