Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 7 January 2011

HUJAN

  Hujan turun tak henti-henti seingat aku dari hari khamis sampai lah kehari ni (jumaat).Hujan pada hari khamis itu hari menyebabkan ramai anak-anak sekolah habis basah apa nak buat,kerana hidup yang miskin..macam aku juga tak mampu rasanya nak beli kenderaan yang ada teduh, begitulah bila tanggungan dah semakin berat dibebani lagi dengan kenaikkan barangan keperluan namun aku bersyukur aku mampu beribadat kepadamu dan masih boleh makan dan minum.

Wednesday, 5 January 2011

TIADA ALASAN KERJA GRO

PEMBABITAN dalam kerjaya yang jelas status pengharamannya masih banyak berlaku di dalam negara kita.
Pelbagai alasan diberi oleh sebahagian mereka untuk mengurangkan rasa berdosa atau lebih berbahaya, menyatakan dan ‘membenarkan’ tindakan mereka sebagai halal atau harus. 
Menyentuh hal ini, saya bersetuju kita tidak boleh terus menghina petugas seperti itu seolah-olah mereka tiada lagi peluang untuk memperbaiki kerjaya mereka.

Khususnya penghinaan tanpa usul periksa kerana mungkin ada yang terjebak kerana diperangkap sindiket ‘hitam’ akibat nafsu muda atau kerana kejahilan sendiri.

Namun begitu, kita harus sedar teguran dan kecaman terhadap mengutuk pekerja- pekerja yang rela dan dengan sendirinya memilih kerjaya terbabit.

Kutukan perlu dibuat terhadap kerjaya kotor itu dan bukan tertumpu sangat kepada individu, ini perlu dilakukan sesuatu pihak supaya kesedaran dan kehinaan dosa itu dapat dibangkitkan.

Pada masa sama, ada pula pihak pendakwah lain mencuba teknik berbeza iaitu dengan kaedah lembut dan memujuk. Namun, kita tidak boleh menyalahkan teknik ‘kutukan’ dan ‘kecaman’ kerana teknik itu juga bersumber daripada al-Quran dan al-Hadis. 

HADIAH TAHUN BARU UNTUK RAKYAT DIDAHULUKAN

Assalamualaikum semua,rakyat didahulukan pencapaian di utamakan begitulah bunyi slogan dan sedap bunyinya...ingat lepas selesai persekolahan 2011 tak ada dah bebanan baru tup..tup petrol naik pulak dah 10 sen tak banyak tu dan lepas ni kata kementerian minyak tak akan naik dah itu lah yang diaorang selalu cakap,bagi aku dok kat kampong 10 sen ni besar aku tak makan gaji tak ada peluang merasa kenaikkan gaji setakat kerja kampong berapa sen sangat lah dapat itupun tak menentu kalau hujan tak kerja,susah lah macam ni

Saturday, 1 January 2011

Konsert Tahun Baru wali Band di Kelantan

Konsert Wali Band diKelantan di pertikai itu tajuk berita dalam Sinar Harian bertarikh 01 jan 2011 yang ditulis oleh Rosmiza Kasim...dan ini artikel yang harus anda baca........
konsert Wali Band : Pemuda UMNO Kelantan Dinasihati Memahami Enakmen Kawalan Hiburan 1998
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Saudara Anuar Safian seperti yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia 1 Januari 2011 (muka 24). Kenyataan yang sama turut tersiar di dalam akhbar Sinar Harian 1 Januari 2011 (muka N7). Beliau di dalam kenyataan tersebut mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan penganjuran persembahan kumpulan dari Indonesia, Wali Band sempena sambutan tahun baru 2011 di Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bharu, Kelantan.
2. DPPNK ingin memberikan penjelasan bahawa setiap persembahan hiburan di Kelantan haruslah mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

2011

Assalamualaikum semua, semoga sentiasa dilindungi Allah hendaknya.Masa selalu datang dan pergi,hari bersilih ganti dan semasa aku sedang menulis ini tak lama lagi akan meriahlah Malaysia yang kita cintai ini dengan program-program mungkar yang telah disediakan untuk menyambut tahun baru 2011.Setiap tahun kita menyambut ketibaan tahun baru dengan pesta dan nyanyian....program yang melalaikan itu lah yang boleh kita beri gelaran.Semua manusia dimuka bumi ini suka kepada hiburan,suka pada keseronokan maka tidak hairanlah ia menjadi program kegilaan muda-mudi kita malahan sentiasa dinantikan setiap permulaan tahun baru.

Friday, 31 December 2010

HITLER MATI DALAM ISLAM

Hitler Mati Islam Di Indonesia 1970, Buktinya..

Ibnu Hashim
Kawanku menelefon dari Jakarta memberitahu, sebuah buku yang menarik.
Hitler masuk Islam dan mati dalam Islam di Indonesia. Katanya. Aku pun
mencari-cari maklumat mengenainya."Buku kontroversi kematian Hitler memang baik untuk diulas. Atas dasar itulah kira-kira buku ini dicetak untuk khalayak. " Begitu ulasan pengarangnya.         
  • Buku berjudul 'Hitler Mati di Indonesia Rahasia yang terkuak'
  • Penulis: Ir KGPH Soeryo Goeritno, Msc.
  • Penerbit:Titik Media Publisher 2010.
  • 119 halaman.
    Ulasan dari pengarangnya..

    Bab Satu, Pendahuluan: Buku ini ditulis untuk mengungkap misteri kematian Hitler yang sebenarnya, itulah isi dari bab pendahuluan. Buku ini memang bukan merupakan buku sejarah, tetapi sebuah buku yang mengungkapkan sisi lain dari sejarah kelam yang dialami oleh bangsa Eropa, khususnya bangsa Jerman pada masa Perang Dunia ke 11 yang penuh dengan kekejaman yang pernah terjadi pada umat manusia.

    Wednesday, 29 December 2010

    SANG MURABBI

    Assalamualaikum semua,Murabbi itulah yang aku nak tulis hari ni,Murabbi ni maksudnya guru,mu'alim,mu'addib dan pelbagai pengertian lagi.Sang Murabbi adalah jodol  sebuah  filem dari negara jiran kita indonesia.Sang murabbi adalah sebuah kisah sebenar ketokohan seorang guru atau selayaknya ustaz yang bernama Rahmat bin Abdullah..kisah perjalan hidup seorang pendakwah yang berhati waja dan perwatakan lembah lembut tetepi akan menjadi garang bila soal agama dan kenabian dipersendakan.Berbagai dugaan dan cabaran ditempuh untuk menjalankan syiar islam...dalam keadaan yang miskin beliau dan kesusahan...namun dia tetap tenang dan sabar.Filem ni pernah ditayangkan di Malaysia bukan dipanggung wayang tapi di Dewan Sri Penang pada 6 Disember 2008,filem ni dah lama tapi aku tak tahu menahu ada filem jodolnya sebegini...maklum lah kurang publisiti ...filem begini sapa nak tengok kalau dibawa masuk pun tak mendatangkan keuntungan.

    Friday, 24 December 2010

    KOMEN TOK GURU TENTANG PENDIDIKAN SEX

      Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.
    Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.
    “Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

    “Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini.

    GASTRIK

     Salam semua..hari ni nak bercerita sikit pasal gastrik tapi maaf la yer aku bukan doktor ianya berdasarkan pengalaman aku.Dulu masa aku kecik-kecik aku sering dengar orang cakap pasal gastrik tapi tak tahu apa kejadahnya tambahan bila tiba bulan Ramadhan nak bermula mula la cari surat doktor nak dapatkan pengesahan tak boleh nak berpuasa kah..kah.lawak betuk.Gastrik ni berpunca dari lebihan asid urik dan berlaku bila perut kosong dan punca lain menurut kata doktor ialah kerap mengambil ubat tahan sakit.Kata doktor ubat tahan sakit ni boleh diambil tapi jangan ketika perut kosong maksudnya kena makan dulu.
       Penyakit aku hadapi ketika aku masih remaja dulu,ketika tu aku lebih pentingkan kerja dari makan tapi bukan tak makan terus tapi aku lewatkan.Atara tanda-tandanya sakit disekitar perut,sukar membuang angin dan tak sendawa... bila makan rasa macam lekat sukar untuk menelan(bukan sakit tekak)  dan kembung perut.Bila ia berlarutan terasa pedih di ulu hati dan sering rasa nak muntah tambahan bila waktu pagi.Diantara ubat yang doktor syorkan(utamakan ke klinik kerajaan dahulu)ialah Gaviscon.Gaviscon ni ada dua jenis iaitu air dan tablet tapi bagi ibu mengandung kena tanya doktor dulu.Elakkan makan makanan yang pedas,panas dan masam,selalu jaga makan jangan terlewat makan kerana bila penyakit ni berlarutan ia akan menjadi Ulser
    terpaksa la dibedah bila usus dah bocor

    Tuesday, 21 December 2010

    NTAH.....

       Sedih dan takut aku bila  memikirkan  bermacam-macam kejadian kat negara kita,belum pun reda isu pembuangan bayi,pembunuhan,penagihan dadah dan pengedaran dan sebagainya.Terdetik di hatiku bagaimana ia berlaku dan mengapa... aku percaya kita semua tahu dan sedia maklum apa sebabnya.Isu terbaru yang aku kira top lah juga,iaitu isu si Suzie yang kerja sebagai GRO tapi bukan dia seorang yang kerja macam tu.. ramai lagi, tapi ia menjadi perhatian bila dah keluar kat akhbar.Apa kisah sebenarnya aku pun tak tahu tapi yang akhbar nyatakan itu lah gamaknya sebabnya,Sebenarnya aku kesian kat si Suzie ni dan kita tak boleh nak salahkan kepada dia seratus peratus.Kat Malaysia ni banyak lagi kerja-kerja yang halal tapi mengapa agaknya kerja begini yang dicari oleh mereka ni mungkin lumayan kot,apa-apa hal tolak tepi.
       Soal halal-haram ni orang dah tak ambil kisah... tapi bila timbul sesuatu isu yang bersangkutan dengan babi ramai la mula melatah dan mula bercakap soal halal-haram, sebenarnya skop halal-haram ni luas sebagai contoh  kita bekerja dalam sehari tujuh atau lapan jam dan kita dah berikrar untuk melakukan  tapi kita tak buat,kita hanya kerja lima jam sahaja kemana hilang masa yang selebihnya kita lah yang tahu tapi dapat gaji penuh setiap bulan,halal kah gaji yang kita terima kau tanyalah ustaz atau orang yang cerdik pandai dalam bidang agama.Berbalik kita pada isu si Suzie ni....sebenarnya kita semua bersalah sebab kita  tak mengambil

    Search This Blog

    PING BUSUK

    APESAL TENGOK JER...