Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday 26 August 2013

ANTARA HAK ASASI DAN HAK ALLAH

SAYA ingatkan isu ratu cantik Melayu sudah berakhir. Rupa-rupa masih lagi dipertikaikan oleh segelintir wanita yang memimpin NGO wanita menggunakan nama Islam. Tidak perlu saya sebutkan nama penuhnya. Semua orang tahu.

(K) RIDHUAN TEE ABDULLAH

NGO ini mempertikaikan undang-undang syariah negara kita yang dikatakan satu-satunya negara di dunia yang telah meletakkan pendapat ulama sebagai undang-undang negara tanpa terlebih dahulu menempuh proses perundangan dan setelah itu menetapkan sebagai satu kesalahan bagi sesiapa yang mencabar pendapat tersebut.

  

Ini merupakan pencabulan ke atas hak asasi manusia yang telah dijamin oleh perlembagaan, selain tidak mempunyai asas dalam sejarah perundangan Islam. Pada NGO ini, fatwa itu hanya nasihat tidak mengikat dari segi perundangan. Majlis fatwa bukanlah Parlimen. Ia bertentangan dengan perlembagaan.

Tidakkah NGO ini sedar siapa yang duduk dalam majlis fatwa tersebut? Mereka terdiri kalangan cerdik pandai dan profesional yang mahir dalam bidang agama berbanding dengan wanita jahil ini.

Jika sakit, kita jumpa doktor perubatan. Kenapa dalam hal ehwal agama kita tidak serahkan kepada yang alim? Takkan mahu serahkan hal ini kepada mereka yang menyokong ratu cantik seperti NGO ini. Nasihat saya kepada wanita ini, sarankan ahli-ahli dan diri sendiri berkahwin, bila dapat anak nanti, suruh anak masuk ratu cantik. Saya teruja nak tengok.

Saya setuju agar undang-undang tidak hanya dikenakan kepada ratu cantik, tetapi peserta-peserta Islam yang menyertai gimrama, renang dan lain-lain pakaian berbikini.
NGO ini juga mempertikaikan penangkapan 100 pemuda-pemudi Muslim di pusat hiburan Zouk pada 2005.

Menurut mereka, keimanan tidak terbentuk dengan cara memaksa orang untuk mempercayai sesuatu tidak mereka percayai. Jawab saya, baru-baru ini seorang saudara baharu memfailkan perceraian kepada isteri Melayunya kerana sangat jahil. Masih minum arak, clubbing, dan sebagainya, walaupun telah berkahwin dan beranak-pihak.

Dalam hal ini adakah kita boleh paksa mereka menjadi baik? Jika begitulah keadaannya, tidak perlulah ada penjara dan hukuman. Bila melakukan kesalahan berat, bagi saja ceramah dan kaunseling, kemudian bebaskan.

Fahamilah Islam dalam konteks secara total. Memang, tidak ada paksaan dalam beragama sebagaimana disebut dalam surah al-Baqarah. Ayat ini merujuk kepada mereka yang tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam, Tetapi sudah berada dalam Islam, kenalah dipaksa ikut, setelah nasihat tidak berjalan, sebab kita telah berada dalam Islam.

Seperti kita pergi sekolahlah. Kena ikut peraturan sekolah, jika tak mahu, tak payahlah sekolah! NGO ini juga berhujah bahawa rakan-rakan dan sarjana yang mereka kenali dari dunia Arab terkejut melihat bagaimana sebuah negara moden seperti Malaysia boleh begitu tertutup mindanya dalam soal Islam.

Jawabnya, tengoklah jenis apa rakan tersebut. ALLAH tidak sebut dalam al-Quran bahawa semua orang Arab masuk syurga sis! Jika yang dijadikan rakan adalah kalangan suka ratu cantik, atau bersetuju perempuan boleh jadi imam kepada lelaki, tidak mustahil kita jadi jahil.

Kata NGO ini lagi, dosa sendiri yang tanggung, kubur masing-masing. Masalahnya, dalam Islam kita ada konsep amal makruf nahi mungkar. Jika yang mungkar tidak dicegah, ia akan merebak. Jika pencuri tidak ditangkap, habislah negara porak-peranda.

NGO ini membandingkan ratu cantik dengan fatwa rokok, ASB dan ASN yang ada kata haram dan ada kata harus. Mana satu nak ikut. Beribu-ribu Muslim di Selangor dan Pulau Pinang melanggar fatwa tentang merokok setiap hari, tetapi tiada siapa pernah dituduh menghina Islam atau dituduh melanggar fatwa.

Tetapi, apabila ada saja wanita mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik, mereka segera diburuk-burukkan dan dikecam bertubi-tubi. Bagaimana pula dengan lelaki Melayu yang mengambil bahagian dalam pertandingan bina badan?

Hujah ini saya boleh bersetuju dengan sis. Tetapi bina badan lelaki dan ratu cantik wanita, berbeza. Bentuk badan lelaki tidak menggiurkan berbanding wanita. Jika nak ikut Barat, biarlah berpada-pada. Jangan sampai hak asasi manusia bercanggah dengan hak Tuhan. Takut masuk neraka sis!

Kepada ratu cantik yang perasan diri cantik, hendaklah beringat. Hidup ini semakin singkat. Sudahkah kita bersedia untuk ke akhirat. Bagaimana dengan amal ibadat? Hidup ini, biarlah banyak beri manfaat. Ikut apa yang ALLAH suruh buat, barulah hidup selamat, dunia dan akhirat.


TERLALU BANYAK SANGAT NGO NI MAKIN BERSERABUT,DIA PAKAI HUJAH AKAL BUKAN AL-QURAN DAN HADIS...

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...