Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday 25 May 2014

PERSOALAN HALAL ATAU HARAM,SUDAH TERHANTUK BARULAH PECAH. KEPALA ..

Sah ada DNA babi


 

SEORANG pekerja mengeluarkan set coklat Cadbury selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan dua produk coklat jenama itu mengandungi DNA babi di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, semalam.
Putrajaya: Keputusan ujian analisis dibuat Kementerian Kesihatan mendapati dua daripada tiga sampel coklat Cadbury yang diambil baru-baru ini, disahkan mengandungi DNA babi (porcine).
Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk berkenaan berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sampel berkenaan adalah daripada Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dengan nombor kelompok 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dengan nombor 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

“Manakala satu lagi sampel iaitu Coklat Susu (Cadbury Dairy Milk Chocolate) tidak dikesan mengandungi porcine.“Sehubungan itu, pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk yang terbabit dari pasaran serta-merta,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam. {hm]   


 

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...