Butterworth: “Saya nampak pergelutan antara anggota polis dan tahanan di tepi jalan itu tetapi tak berani rapat kerana bimbang mereka bersenjata,” kata seorang saksi kejadian empat anggota pengiring tahanan diserang kumpulan terbabit di tepi Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), berdekatan susur keluar Pantai Bersih, di sini, semalam.
Menurut lelaki tidak mahu dikenali itu, selepas kumpulan terbabit masuk ke dalam van dan terus memecut meninggalkan tempat kejadian, baru dia mendekati kawasan itu.
Katanya, terdapat seorang anggota polis terlentang dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan di kepalanya.
“Kemudian semakin ramai pengguna lebuh raya berhenti dan memberi bantuan serta membalut kepala anggota polis terbabit dan menghubungi ambulans bagi mengejarkannya ke hospital,” katanya.
“Kemudian semakin ramai pengguna lebuh raya berhenti dan memberi bantuan serta membalut kepala anggota polis terbabit dan menghubungi ambulans bagi mengejarkannya ke hospital,” katanya.
“Mulanya saya sangka ada orang menghalang kenderaan polis sebelum menyerang mereka, rupa-rupanya anggota polis terbabit diserang oleh tahanan yang dibawanya,” katanya.
GARI yang dijumpai berhampiran van polis.
Ada ketikanya kita juga mengharapkan ihsan dari orang ramai,kepada anggota Polis yang bertugas
bekerjalah dengan berhemah,bertolak ansur dan ada sifat kasihan belas,kerana hidup ini saling perlu dan memerlukan,jadikan kuasa itu sebagai benteng pertahanan bukan tiket untuk bertindak sesuka hati...
No comments:
Post a Comment