Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday 14 January 2013

4 JAM DITAWAN PENJENAYAH(OKT)


Permatang Pauh: Membonceng motosikal sejauh 70 kilometer bersama penjenayah yang sedang diburu polis menjadi pengalaman tidak dapat dilupakan Mohd Khairul Anaz Fadzly, 19,
selepas menjadi ‘tawanan’ selama empat jam kepada lelaki terbabit, malam kelmarin.
“Saya mengikut kemahuan lelaki itu kerana takut dicederakan selain bimbang motosikal dibawa lari.
“Saya dibawa melalui jalan kampung dari Bukit Indera Muda menuju ke Sungai Bakap, Bandar Perda, Pekan Bukit Mertajam sebelum kembali ke Berapit,” katanya.

Menurutnya, dia meninggalkan lelaki berkenaan di sebuah kafe siber selepas membuat helah terpaksa mengambil adiknya yang pulang kerja dan memberi wang RM5.
Katanya, kesempatan itu digunakannya ke Balai Polis Kubang Semang untuk memaklumkan mengenai lelaki itu sebelum sepasukan polis menahannya yang masih berada di dalam kafe siber terbabit

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...