Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 31 January 2011

NAIKMINYAKNAIK 10 SEN

Naik minyak lagi weh,apa sudah tukar ke....yang sebenar minyak naik lagi 10 sen, minyak RON97...
azlanHarga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Katanya, ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

SEKULAR ITU JAHILLIYAH

Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada  di Tenang, Johor selama tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya. Mereka meminta saya untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut, mereka naik ke masjid. Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu. Namun bagi saya, Islam perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui lidah orang-orang Islam

TEMAN TAPI MESRA

Kah..kah..kah geli hati bila pertama kali menatap gambar ni,bila aku tengah makan teringat gambar ni nak tersedak makanan yang dimakan."Teman tapi mesra"begitulah agaknya gambaran yang boleh dibuat.Kasih abang sampai kemati,sehidup semati.Begitu akrabnya persahabatan dan nilai kasih sayang antara manusia dan haiwan, walau abang sesibuk mana pun sempat abang bawa bersiar begitu agaknya dialog yang kita boleh letak kat gambar ni.Cerita sebenar disebalik gambar ni tak siapa yang tahu,mungkin haiwan tu baru dibeli atau untuk dibawa kepasar untuk dijual.....terserah lah,apa-apa pun asal bahagia.... 

SUAMI PUJA KERIS SETIAP MALAM


ALOR GAJAH: “Saya terjaga daripada tidur apabila terdengar suara suami seperti sedang meratib atau berzikir dengan kuat. Apabila saya intai ke dalam biliknya, saya terkejut melihat perbuatannya yang pelik.
“Dia bukannya berzikir, tapi membaca mantera dengan bahasa yang saya tidak fahami. Dia duduk di atas sejadah, tapi tak menghadap kiblat dan tangannya memegang satu keris kecil. 
“Dia seolah-olah memuja keris itu,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Humairah mengenai amalan aneh suaminya kononnya untuk menambah rezeki keluarga mereka selepas diberhentikan kerja sejak setahun lalu.

Humairah, 25, dari sebuah kampung di sini berkata, dia mengesan amalan pelik suaminya yang berusia awal 30-an selepas curiga dengan sikapnya yang jauh berubah berbanding sebelumnya.

Sunday, 30 January 2011

BN MENANG 3,707

LABIS: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi. Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru. 

MENGAPA ISLAM TERUS DIHINA

Dari gambar yang dipaparkan ini dapatlah kita mentafsirkan betapa hinanya islam pada kacamata orang-orang yang bukan islam,namun begitu ramai juga yang berkata ini kerja budak-budak nakal tapi yang pasti itu satu penghinaan terhadap islam....mengapa dan kenapa,jawapannya juga ada pada kita.Agama adalah hak individu  
tiada paksaan dan kita rasa bertuah dipilih oleh Allah

SETIAP HARI DEBELASAH


KUNJUNGAN seorang wanita ke sebuah negeri di utara tanah air Julai tahun lalu untuk bertemu bakal suami sepatutnya menjadi detik indah, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila lelaki itu yang selama perkenalan mereka baik hati, lemah lembut, malah percintaan direstui keluarga, berubah menjadi buas umpama ‘binatang’.
Hampir dua bulan wanita itu diperlakukan umpama hamba abdi dengan setiap hari dibelasah bukan saja menggunakan kaki dan tangan, tetapi turut digigit di beberapa bahagian badan.
Paling dikesalkan, perkahwinan yang dijadualkan pada Disember tahun lalu, ‘dipercepatkan’ bakal suaminya apabila dibawa ke Thailand untuk berkahwin.

Alasan lelaki itu berbuat demikian adalah untuk mengaburi mata pihak berkuasa, kononnya lebam ‘dihasilkannya’ hanya masalah dalaman rumah tangga.

JEJANTAS MAKSIAT

KUALA TERENGGANU - Siapa sangka, jejantas Jalan Sultan Muhammad, berhadapan sebuah pasar raya terkemuka di daerah ini turut ‘tersenarai’ sebagai tempat persinggahan ‘berbulan madu’ bagi pasangan kekasih muda yang sedang kemaruk cinta, selain di bilik-bilik hotel ataupun di taman rekreasi.

Friday, 28 January 2011

SUAMI ROMANTIS ISTERI PENYANYANG

BAB-1
Kebanyakkan lelaki yang bergelar suami,mereka sudah tidak romantis lagi.Setelah masa berlalu,secara beransur-ansur sifat romantisnya akan hilang.Mereka belajar menjadi romantis diawal perhubungan dan apabila memperolehi atau mendapat apa yang di impikan sehingga melansungkan rumah tangga maka alnya segala sifat romantis sudah hilang entah kemana.


Sifat romantis pada awalnya  akan bertukar menjadi

Thursday, 27 January 2011

BN DIGESA HENTI UGUT PENGUNDI MELAYU


KUALA LUMPUR, 27 Jan: Umno dan BN diakui sedang menekan para pengundi di Dun Tenang dengan menggunakan taktir kotor dengan membuat pelbagai ugutan kepada para pengundi di kawasan itu agar tidak menyokong PAS.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh para pengundi di kawasan itu ketika ditemui petugas-petugas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini. 
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menjelaskan, kebanyakan para pengundi yang menjadi mangsa ugutan itu terdiri daripada pengundi-pengundi Melayu terutama yang tinggal di kawasan Felda.
Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima oleh beliau daripada petugas-petugas PAS di Tenang, para pengundi terbabit sememangnya cenderung untuk menyokong PAS, tetapi mereka takut berbuat demikian disebabkan ugutan-ugutan daripada para pemimpin Umno atau BN yang dikenakan dalam pelbagai bentuk.
"Antaranya, ada yang diugut akan ditarik balik pencen, anak-anak mereka yang bekerja akan ditukar kerja ke tempat lain yang berjauhan dari kawasan itu, bantuan kebajikan akan ditarik balik dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Politik ugutan itu dimainkan oleh Umno atau BN disebabkan mereka sendiri menyedari kedudukan para pengundi di Dun Tenang sekarang yang lebih memihak kepada PAS.
"Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak kita, saya berani mengatakan kemenangan sebenarnya sudah berada di pihak PAS jika mereka mengadakan pertandingan di padang yang rata.
"Sokongan orang-orang Cina dan India kepada PAS atau Pakatan Rakyat di kawasan itu sekarang sememangnya memberangsangkan, manakala sokongan daripada orang-orang Melayu pula semakin meningkat.
"Tetapi disebabkan mereka menggunakan taktik kotor terutama politik ugutan, pengundi-pengundi

Search This Blog

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...