Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday, 9 February 2011

ANEHNYA.....STREET PAINTING

Anehnya negara orang ada macam-macam...macam-macam ada.Pelik tapi benar,kat tengah-tengah jalan raya pun pun ada air terjun tak caya tengok la.
tapi nanti dulu ini adalah sebahagian hasil seni tapi bukan kat atas kanvas atau kertas tapi kat jalan raya "Painting On The Street" macam-macam manusia sekarang puas conteng kat dinding conteng kat jalan la pulak.

Bagaimana agaknya akan berlaku bila tengah pecut kereta dengan laju tiba-tiba ternampak ada air terjun kat tengah-tengah jalan raya kantoi la gamaknya.....



Tuesday, 8 February 2011

PELIK TAPI BENAR

Pelik tapi benar,ular ada lima kepala sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang mengetahui kebenarannya.Ular tersebut ditemuai di Kukke  Subramanya berdekatan dengan Mangalore ,Karnataka,India.

Monday, 7 February 2011

APA TUJUAN MENUNTUT ILMU YANG SEBENARNYA


Kebanyakan ibu bapa menganggap bahawa sekolah ialah tempat untuk menimba sebanyak-banyak ilmu hingga ke peringkat yang setinggi mungkin. Supaya masa depan anak-anak mereka terjamin dengan mendapat sijil dan ijazah sama ada ijazah pertama, masters atau Phd. Agar mudah bagi anak-anak mereka itu mendapat jawatan yang tinggi dan gaji yang lumayan. Mungkin di celah-celah itu terselit juga maksud supaya ibu, ayah, anak dan keluarga seluruhnya dipandang mulia di sisi masyarakat sebagai keluarga pintar dan berpelajaran. Itulah juga asas yang digunakan dalam masyarakat kita bagi mengurniakan anugerah, pujian dan sebagainya. Mithali atau tidak, cemerlang atau tidak atau sama ada ibu, ayah, anak atau keluarga itu boleh dijadikan contoh atau tidak adalah berdasarkan kepada berapa ramaikah anak-anak yang berjaya dididik hingga menjadi doktor, jurutera, arkitek, akauntan, pensyarah universiti, peguam dan sebagainya.

UMNO DAN GELOMBANG MERAH


KOTA BAHARU - Umno Kelantan melancarkan kempen Gelombang Merah untuk mendekati dan mendapatkan kepercayaan kira-kira 400,000 pengundi muda di Kelantan untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan "Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat" akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno negeri Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.

Kempen itu antara lain berobjektif untuk menawan negeri itu daripada kepimpinan PAS yang telah memerintah Kelantan selama 21 tahun, pada pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Gelombang Merah di sini hari ini.

"Golongan muda di Kelantan adalah lebih ramai jumlahnya daripada pengundi biasa, iaitu jumlah keseluruhan pengundi di negeri ialah 600,000 orang dan 400,000 daripada jumlah itu adalah golongan muda.

"Mereka merupakan golongan yang berpengaruh dalam menentukan kejayaan BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya. - Bernama

MACAM-MACAM GELOMBANG ADA PUAS YANG BIRU TUKAR MERAH PULAK

AWAS PENCURI CREDIT

Awas SMS kikis kredit,sejak akhir-akhir ni bermacam cara orang mencuri,ni trend baru penjenayah cyber nak tarik credit kalau dapat la kat aku,aku potong telinga.Kepada pengguna handphone semua jangan layan kalau dapat SMS macam ni "RM0.00 Para pelanggan sekalian! anda perlu SMS ON FD ke36660 segera untuk terima servis SMS content baru anda dalam tahun 2011 skrg" kalau korang reply habis kredit korang sms ini dihantar menggunakan pusat sms bernombor 63660 harap pihak berkenaan tolong siasat nanti ramai lagi yang tertipu,tapi yang aku hairan macamana maklumat pengguna handphone boleh sampai kepengetahuan penyanggak ini atau mungkin kerja orang dalam,apa-apa pun hati-hati la yer.....

DAH KELUAR PAPER PULAK

His! dak keluar paper la pulak ingat lawak je,tak habis-habis kisah isteri curang dan suami orang yang macam tak cukup makan, bini orang bini dia tapi bini dia tak boleh pulak.Apa la nak jadi dunia hari ni,mungkin bahana dari laman sesawang seperti Friendster,Facebook dan macam-macam lagi,mula-mula chating lama-lama kemudian berzina pula....petikan akhbar Harian Metro Hari ini


KUALA LUMPUR: Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.

Saturday, 5 February 2011

PISTOL DI MUKA


SEPANG: “Hanya wajah ibu, ayah dan adik beradik terbayang di kepala tatkala diacukan pistol di muka oleh seorang perusuh yang cuba menakut-nakutkan saya dan beberapa kawan lain,” kata Siti Nabilah Mohd Azaman, 20, yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, di sini, semalam.
Nabilah pelajar tahun pertama jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar yang menaiki pesawat Etihad Airways dari Abu Dhabi tiba di KLIA kira-kira jam 3 petang. “Perusuh itu berbuat demikian kerana menyangka kami penyokong Hosni Mubarak walaupun ketika itu saya bersama tiga rakan hanya keluar rumah untuk membeli makanan. “Kami terpaksa menghadapi detik mencemaskan itu kira-kira 20 minit

Thursday, 3 February 2011

DR MAHATHIR SEORANG YANG BIJAK-TGNA

HARAKAHDAILY


KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam.

"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."

Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka.

SAYA AKAN TERUS BERCAKAP

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan ‘menutup mulut’, sebaliknya akan terus mengkritik biarpun mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau telah lali dengan kritikan sepanjang sepanjang karier politiknya dan tidak pernah berasa tergugat dengan tindakan yang dilakukan pihak tersebut.

“Satu cara UMNO nak tutup mulut saya ialah dengan menukar dasar Islam, selesai masalah...

Wednesday, 2 February 2011

DICEKUP BERSAMA DUA WANITA

GUA MUSANG - Sebuah rumah Skim Perumahan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang masih kosong kerana baru siap dibina di Kampung Jerek Kaling, dekat sini, dijadikan tempat perkongsian asmara seorang lelaki bersama dua teman wanitanya apabila mereka dicekup awal pagi kelmarin.

Serbuan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Mukim Jerek diketuai Imannya, Md Zain Isamil, dilakukan kira-kira jam 1 pagi selepas mendapat maklumat awam berhubung pasangan terbabit tidur dalam sebuah bilik rumah berkenaan dengan memasang lilin kerana belum mempunyai elektrik.

Penahanan seorang lelaki bekerja pemandu lori berusia 34 tahun bersama dua teman wanitanya berumur 26 dan 28 tahun termasuk seorang daripadanya janda sebelum diserahkan kepada Penolong Penguat kuasa Agama Jajahan, Hunie Adabi Abdul Kadir untuk tindakan lanjut. 

Search This Blog

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...