Beliau yang dilaporkan semakin tenat sejak semalam dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada pukul 8.40 malam dan tiba di Pulau Melaka kira-kira 15 minit kemudian. Ketika diusung keluar, bekas Menteri Besar itu dikawal ketat oleh pihak keselamatan hospital dan dilihat tidak sedarkan diri selain menggunakan alat bantuan oksigen untuk bernafas. Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Pulau Melaka mendapati orang ramai mula memenuhi pekarangan rumah beliau.
Ahli keluarga serta saudara-mara terdekat yang berada di dalam rumah pula dilihat sedang membaca surah Yassin. – UTUSAN ONLINE Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, 9.45 malam ini. Nik Abdul Aziz sebelum itu yang dilaporkan tenat dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada pukul 8.40 malam. -Utusan
.
No comments:
Post a Comment