Memetik laporan Pusat Maklumat Palestin pada Selasa (30/9/2014), Komander Pasukan Elit Zionis "Golani" Kolonel Ghassan Alian mendedahkan bahawa 88 perwira dan tenteranya tewas serta terluka sejak hari pertama pencerobohan darat yang dilancarkan tentera zionis ke Jalur Gaza.
Alian mengakui dalam kenyataan yang dipetik oleh TV7 Zionis pada Isnin malam (29/9) bahawa perang melawan para pejuang Palestin ketika itu sukar dan kompleks. Dia sendiri mengalami luka sedang selama pencerobohan darat ke Gaza. Sebanyak 16 tentera dari pasukan elit Golani tewas pada hari pertama pencerobohan darat ke Jalur Gaza. Dia menilai bahawa jumlah ini merupakan kerugian besar bagi tentera "Israel".
"Pada jam-jam pertama serangan pasukan elit mengalami lima atau enam serangan. Devisi koordinasi mendapatkan isyarat ada puluhan askar yang cedera. Di akhir hari jumlahnya mencapai 88 askar antara tewas dan terluka, "katanya lagi."Keadaan para perwira pasukan elit Golani yang terluka memberi kesan negatif pada prestasi kesatuan-kesatuan tentera" Israel "lain.
Melihat keadaan itu, askar semakin bertambah berat melaksanakan tanggung jawab, apalagi setelah wakil komander brigade mata-mata dan komander operasinya tewas, juga komander pasukan terluka. Demikian juga sejumlah komander batalion, mereka menjadi tidak berkesan dalam memberi perintah, supaya para tentera bertindak secara bebas, "pungkas Komander Golani.-ARRAHMAH.COM
No comments:
Post a Comment