Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday, 28 September 2014

GODAM MESIN ATM GUNA KAD SIM TELEFON

Kuala Lumpur: Dua lelaki yang dipercayai warga asing dikesan membuat pengeluaran tanpa akses sah di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di USJ 10/1J, Subang Jaya, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.35 pagi itu, kedua lelaki berkenaan berjaya membuat pengeluaran sebanyak RM265,600 hanya dengan menggunakan kad SIM sebuah syarikat telekomunikasi. 
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengurus bank berkenaan selepas mendapati mesin ATM digodam untuk membuat pengeluaran wang. 

Katanya, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua individu terbabit memasukkan kad SIM tersebut ke dalam tempat akses kad sebelum melakukan pengeluaran berkenaan dalam tempoh masa dua jam 11 minit.

"Hasil semakan pada CCTV mendapati kedua lelaki itu membuat banyak transaksi pengeluaran wang dalam tempoh yang lama dan pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang kesan umpil ataupun dirosakkan.

"Rakaman CCTV menunjukkan kedua suspek disyaki dari paras muka warga Amerika Latin berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun dengan ketinggian kira-kira 175 hingga 185 sentimeter. 

"Mereka berkulit cerah dan seorang berambut hitam manakala rakannya berambut perang," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Menurutnya, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...