Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 12 February 2016

TGNA-SETELAH SETAHUN PEMERGIANMU

Setelah setahun pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Abd.Aziz kita tersa soalah-olah baru semalam Beliau meninggalkan kita,itulah hakikat setiap yang hidup pasti mersakan alam kematian.Segala kenangan yang begitu indah tak dapat diucapkan dengan kata-kata.Tuan Guru bukan sahaja dikenali oleh orang islam sahaja,malah  oleh segenap lapisan bangsa dan agama,...itulah TGNA....semoga di berikan kerahmatan oleh Allah,amin.

Segala kenangan itu amat menebal di hati anak kesembilan  Allahyarham....
Petikan Sinar Harian 12 feb.2016

 Aura Tok Guru Nik Aziz tiada tandingan
"HARI ini genap setahun pemergian ayah, rindu itu sangat tebal. Sama juga dengan adik-beradik yang lain. Hampir setiap hari saya melalui tanah kubur ayah, sedekahkan al-Fatihah.
"Ayah sentiasa dekat dengan saya. Jarak kubur ayah dengan rumah saya tidak jauh. Setiap hari mesti ada salam dan doa dari saya untuk ayah."
Demikian luahan Nik Amalina, anak kesembilan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika menerima kunjungan Sinar Harian di kediamannya di Pulau Melaka, baru-baru ini.
"Kerinduan itu tidak pernah hilang. Tapi kami tidak tunjuk kerinduan itu hingga buat mak sedih. Kami jaga mak dengan baik. Kami tahu mak sunyi dan kerinduan mak lebih daripada kami," katanya.
Menurutnya, mereka juga sentiasa berbincang adik-beradik untuk saling mengambil berat dan menjaga segala keperluan emak.
Beliau, kakak atau abangnya akan menemani emak ke mana sahaja beliau pergi.
"Bila mak beritahu kami nak ke mana-mana, secara automatiknya salah seorang daripada adik-beradik akan menemani mak secara bergilir-gilir mengikut tempat dan majlis yang akan mak hadiri," katanya.


No comments:

Search This Blog

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...