Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 1 January 2015

PESTA SAMBUT TAHUN BARU 2015 BERTUKAR TRAGEDI

SHANGHAI - Seramai 35 orang telah maut dalam kejadian rempuhan sewaktu orang ramai berasak-asak menyambut detik 12 tengah malam menjelang Tahun Baru 2015 di Shanghai malam tadi, sekaligus merupakan bencana kematian paling buruk menimpa bandar raya berkenaan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, terdapat seramai 42 orang lagi yang cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira setengah jam sebelum tengah malam.
Kejadian buruk itu berlaku di Bund, sebuah kawasan dataran di tepi sungai popular yang terletak di Shanghai dan kebiasaannya digunakan dalam majlis keraian yang disambut secara besar-besaran. Sementara itu, agensi berita Xinhua melaporkan punca rempuhan setakat ini masih dalam siasatan. - AP    
INI PULA DI PULAU PINANG
SERBUAN DAN TANGKAPAN TERHADAP PARTI LIAR SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU 2015
TG. TOKONG, 01 Jan - Berpandukan kepada maklumat awam, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah yg diketuai oleh ASP Ahmad Dahuri Bin Mohd Isa telah membuat serbuan dan tangkapan terhadap satu kegiatan penganjuran parti liar bagi menyambut tahun baru 2015.
Maklumat YDH. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Bin Wahid pihak polis telah menerima aduan daripada orang awam pada jam 9.00 malam pada 31/12/14.

Menurut beliau lagi, kumpulan ini difahamkan merancang untuk mengadakan parti tersebut di kawasan Batu Feringghi namun kemudiannya telah membatalkan parti di Batu Feringgi ekoran tiada mendapatkan permit dari Pihak Polis dan MPPP.
Kumpulan ini selanjutnya telah mengubah lokasi ke sebuah hotel di Kawasan Tanjung Bungah dan memulakan parti pada jam 11.30 malam pada 31/12/14 yang menarik kehadiran pengunjung lebih kurang 200 orang.
Bertindak atas maklumat yg diterima pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Timur Laut dangan dibantu oleh anggota Balai Polis Tg Tokong telah membuat serbuan di hotel tersebut pada jam 3.30 pagi pada 01/01/15 serta berjaya menahan seramai 64 orang lelaki Melayu, 2 lelaki Cina dan 15 perempuan Melayu yang berada di kawasan belakang hotel dan didalam salah satu bilik hotel tersebut.
Pemeriksaan badan keatas salah seorang penganjur dan pengunjung telah menjumpai dadah jenis Ekstasi, Ketamin dan Erimin 5. Manakala yg lain turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Kesemua mereka telah dibawa balik ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan saringan air kencing yang dijalankan telah mendapati seramai 40 lelaki Melayu, 2 lelaki Cina dan 5 perempuan Melayu telah didapati positif dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine, Ketamin dan THC.

 DARI FACEBOOK- IPD TIMUR LAUT, PULAU PINANG

No comments:

Search This Blog

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...