SHAH ALAM - Kadar bunuh diri di Malaysia dijangka meningkat jika pencegahan tidak dilakukan segera.
Suzana Ghazali
“Keadaan ini menjadikan pelaku merasakan hidupnya tidak bererti lagi. Pelaku tidak sanggup untuk teruskan hidup lalu mengambil keputusan membunuh diri,” katanya.
Menurutnya, keluarga memainkan peranan penting bagi memastikan tiada anggota keluarga terjebak dengan kes bunuh diri.
“Kita tidak wajar membebankan ahli keluarga sama ada dengan beban kerjaya, pelajaran, kewangan atau tanggungjawab. Sebagai contoh, ibu bapa memang mahukan anaknya cemerlang tapi jangan sampai mengugut atau membandingkan dengan kejayaan anak yang lain.
“Cara tersebut boleh menimbulkan tekanan dan jika si anak bimbang gagal memenuhi kehendak ibu bapa, dia akan alami tekanan melampau. Tidak mustahil dia akan bunuh diri kerana kecewa,” katanya.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia baru-baru ini menyebut seorang individu membunuh diri setiap 40 saat di seluruh dunia manakala di Malaysia, nisbah semasa bagi bunuh diri dari 2007 sehingga 2010 adalah 1.3 bagi setiap 100,000 orang.
Menurut Suzana, tekanan melampau ialah punca utama seseorang individu mengambil tindakan bunuh diri.
Katanya, masyarakat perlu mewujudkan hubungan rapat dengan orang sekeliling agar dapat mengenal pasti sikap pelaku.
“Ambil berat tentang perubahan sikap adik beradik, kawan, rakan sekerja dan bantu mereka atasi masalah yang dihadapi. Jangan memburukkan keadaan dengan menghebahkan kelakuan tidak baik agar pelaku tidak rasa tertekan.
“Selain itu, ibu bapa perlu ajar anak-anak utamakan agama. Manusia yang bergantung sepenuhnya kepada ALLAH SWT tidak akan alami tekanan melampau walaupun berdepan pelbagai ujian,” katanya.(sh)
No comments:
Post a Comment