Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 21 June 2014

BELI BARANGAN MUSLIM,MAJUKAN EKONOMI UMAT

SHAH ALAM - Bagi memastikan ekonomi umat Islam terus berkembang maju, serta soal halal haram tidak timbul umat Islam disaran agar membeli barangan keluaran Muslim.Menurut Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Asri Zainul Abidin, umat Islam perlu merubah minda serta amalan, supaya lebih mengutamakan barangan keluaran Muslim ketika membeli barangan keperluan.

"Jadi Muslim beli barangan Muslim, semua beli barangan Muslim.

"Tapi kita tidak 'support' diri kita, jadi perkara ini perlu diubah, jadikan ini satu kesedaran," katanya pada Wacana Sinar siri ke-29 bertajuk Isu Halal: Apa Hak Pengguna, di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Oleh itu Asri menegaskan bahawa umat Islam boleh mencontohi sikap masyarakat Yahudi dari segi memperkayakan ekonomi masyarakatnya.

"Yang bagusnya orang Yahudi ini ialah mereka sokong sepenuhnya keluaran barangan orangnya.

"Mereka teliti dan betul-betul memastikan bahawa satu-satu produk keluaran masyarakatnya, baru mereka beli," jelasnya.

No comments:

Search This Blog

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...