Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 18 April 2014

KEDATANGAN PELANCONG CHINA TERJEJAS

PUTRAJAYA - Insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 menjejaskan kedatangan pelancong China ke Malaysia apabila 30 peratus membatalkan percutian mereka ke negara ini melibatkan kos RM100 juta. Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata sehingga kini, tempahan awal juga tidak mencapai sasaran jangkaan iaitu 70 peratus seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Pada Januari tahun ini, ketibaan pelancong China telah meningkat 25 peratus dan ramai lagi warga China telah menempah hotel dan pakej pelancongan untuk melancong ke Malaysia pada pertengahan tahun ini. Namun, selepas insiden MH370, ramai membatalkan percutian ke Malaysia.

"Dianggarkan kira-kira 100,000 pelancong dari China melawat ke Malaysia setiap bulan dengan anggaran perbelanjaan RM2,800 setiap pelancong.

Berikutan insiden kehilangan MH370, 30 peratus tempahan telah dibatalkan dan melibatkan kos RM100 juta dalam tempoh enam minggu," katanya dalam sidang media selepas bertemu pemain industri pelancongan di sini hari ini.

Beliau berkata pengusaha bas pelancongan dan pemandu pelancong juga mengalami nasib sama apabila kini hanya tinggal lima kumpulan pelancong sehari berbanding 20 kumpulan sebelum ini.

Dr Ng berkata pada tahun lepas, sejumlah 1.7 juta pelancong China berkunjung ke Malaysia.

Katanya syarikat penerbangan China Southern Airlines telah mengurangkan kekerapan penerbangan Beijing-Kuala Lumpur daripada tiga kepada sekali sehari mulai Mei tahun ini berikutan kekurangan penumpang.

"Selain itu, Xiamen Airlines yang sepatutnya tambah kekerapan penerbangan Beijing-Kuala Lumpur kepada 10 kali seminggu terpaksa ditangguhkan," katanya.

Sementara itu, Dr Ng berkata Jawatankuasa Krisis MH370 Tourism Malaysia yang dipengerusikan Pengarah Tourism Malaysia di China ditubuhkan pada 19 Mac untuk mengumpul data berhubung pembatalkan percutian dan tempahan awal di Malaysia.

"Selain itu, pemain industri pelancongan akan mengkaji pasaran khususnya di bandar-bandar seperti Nanning, Chengdu, Wuhan dan Kunming untuk mengurangkan impak daripada insiden MH370," katanya.  

Dr Ng berkata Tourism Malaysia akan mengikut langkah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menangguhkan buat sementara jerayawara promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 di China ekoran insiden MH370.

"Kita sedar dan faham berikutan keadaan sekarang ramai yang takut dan tidak berkeyakinan. Oleh itu, kita perlu memulihkan kembali keyakinan mereka.

"Kita perlu hentikan segala promosi di China, termasuk Hong Kong dan Taiwan.

Namun ini tidak bermakna kita tidak buat apa-apa sebaliknya kita sedang mengumpul data dan merangka strategi untuk menentukan kesan daripada insiden MH370," katanya.

Dr Ng berkata Tourism Malaysia akan mencadangkan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk memansuhkan visa terhadap pelancong China sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik dan tahun persahabatan Malaysia-China.

"Cadangan untuk memansuhkan visa ini akan menarik kemasukan pelancong China ke Malaysia. Tanpa visa pelancong boleh melancong ke Malaysia pada bila-bila masa," katanya. - Bernama

No comments:

Search This Blog

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...