Friday, 26 February 2016

PETAKA KERAKUSAN NAFSU SEKSUAL

KECENDERUNGAN seksual menjadi isu yang hangat diperkatakan apatah lagi apabila diperjuangkan atas jalur hak asasi manusia. Oleh kerana ia bersifat peribadi, maka dikatakan bahawa ia tidak boleh diganggu oleh pemerintah ataupun orang lain. Pendekatan ini diambil sesetengah golongan kerana meletakkan kepentingan persendirian mengatasi kepentingan umum.

      Menurut ulama’, kebebasan bererti membebaskan diri daripada tunduk kepada makhluk dan memutuskan segala bentuk hubungan serta kaitan dengan perkara-perkara lain. Beliau berpandangan kebebasan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu bebas daripada kehendak hawa nafsu, bebas daripada mengikuti kehendak diri kerana fokus kehendak adalah kepada Yang Maha Esa dan bebas daripada pengaruh luar yang memusnahkan diri daripada hikmah Allah.
Baca lagi

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda disini