KECENDERUNGAN seksual menjadi isu yang hangat diperkatakan apatah lagi
apabila diperjuangkan atas jalur hak asasi manusia. Oleh kerana ia
bersifat peribadi, maka dikatakan bahawa ia tidak boleh diganggu oleh
pemerintah ataupun orang lain. Pendekatan ini diambil sesetengah
golongan kerana meletakkan kepentingan persendirian mengatasi
kepentingan umum.