Gempak habis!!!....tali kasut pun dengan izin Allah boleh jadi ubat dan penawar.Dalam kehidupan orang melayu,
khususnya dalam perubatan agak pelik dan penuh mistik,tapi jangan sampai jadi syirik,sebab syirik itu berdosa,
akhirnya ke neraka.Begini kisahnya,isteri anak saudara aku dah lekat perut dan dah nak boleh baby la gamaknya,
itupun dengan keizinan Allah,tapi dah jadi hal lain pulak,alahan...alahan pada bau dan bila makan saja muntah,asal saja muntah makan ....eeeh tersasul pulak.Sekali muntah berkilo-kilo,yang kuning,hijau semua keluar.Semua ikhtiar rasanya sudah habis,kena masuk air berbotol-botol.Setelah sihat sekejap dia muntah balik,pastu dimasukan
air pula,begitulah rutin sehariannya.
Pada hari jumaat lepas kakak aku datang la menengok menantunya(yang muntah,sebab anak saudara aku tu laki
pada si muntah),intai punya intai maka terlihatlah ada tali kasut terpakai....apa lagi,maka dikalungkan ke leher
menantunya (hadiah la tu..) dengan izin Allah maka bertahan muntahnya sehingga hari ini....
Mesej:pakailah apa pun dengan niat untuk berubat,tapi jangan mempercayai yang tali kasut itu
adalah yang menyembuhkan penyakit,islam melarang sebarang pemakaian berbentuk rajah
atau kalimah yakni sering juga disebut azimat.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini