Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday 28 May 2014

KEJADIAN TEMBAK DI LAHAD DATU,SEORANG TENTERA TERBUNUH DAN DUA ORANG AWAM CEDERA

Seorang anggota tentera terbunuh manakala dua orang awam cedera selepas seorang anggota tentera dipercayai melepaskan beberapa das tembakan untuk meleraikan kekecohan di depan kedai Gemilang 24 Jam di kawasan Pekan Lahad Datu, awal hari ini.Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata dalam kejadian kira-kira 4.45 pagi itu, anggota tentera berkenaan, Lans Koperal Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, cedera di kiri dadanya dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Kedua-dua orang awam yang cedera adalah lelaki warganegara Indonesia masing-masing berumur 31 dan 38 tahun, yang bekerja sebagai penjaga kelab malam.


Butiran lengkap berkaitan kedua-dua mangsa orang awam itu belum diperoleh dan mereka masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.
Katanya, ketika kejadian, anggota tentera yang melepaskan tembakan itu sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan berkenaan dan siasatan di tempat kejadian menjumpai beberapa kelongsong peluru dan kesan tompokan darah.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis sedang berusaha mengesahkan anggota tentera yang terlibat.
"Tangkapan akan dibuat dan senjata yang digunakan akan dirampas," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang kerana keadaan keselamatan adalah terkawal manakala kes itu pula diklasifikasikan sebagai kes jenayah dan tidak melibatkan penjenayah luar. – Bernama, 28 Mei, 2014.


 

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...