Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday 6 January 2013

BILA IMAN MUDA BERLAKUN...


Naib juara program realiti Imam Muda musim kedua, Nazrul Izwan, 28, membuka lembaran baru dalam dunia hiburan tanah air dengan kemunculannya menerusi drama rantaian Warkah Cinta yang disiarkan di TV Al-Hijrah.

Percubaan beraninya menjayakan watak utama sebagai ahli tahfiz, Amir Mukhlis mendapat pujian penonton drama berkenaan, bahkan ke mana saja dia pergi, ramai menyapanya dengan nama itu.

Pada awal kemunculannya, Nazrul akui ada juga yang menyelar keputusannya menceburi dunia lakonan berikutan sentimen negatif terhadap bidang itu, tetapi ia langsung tidak berbekas di hatinya.
Dia tahu matlamat serta visi drama terbitan Alkahfi Pictures Sdn Bhd itu tidak melanggar syariat, bahkan dilakukan atas dasar mahu berdakwah.
“Saya ambil masa dua bulan untuk berfikir sebelum beri kata persetujuan. Bukan mudah buat keputusan kerana perlu ambil kira pandangan masyarakat.

“Pasti ada yang skeptikal bila imam muda berlakon kerana bagi mereka, kerja imam adalah berdakwah dan sampaikan ceramah.
“Saya rujuk dengan ramai ustaz dan alim ulama. Rata-rata memberi pandangan dibenarkan selagi tidak langgar syariat. Ulama terkemuka, Dr Syed Hawa menyebut, pejuang agama kena tahu apa yang orang kafir buat untuk menentang Islam dan satu daripada caranya menerusi TV dan lakonan.

“Jadi selepas pertimbangkan daripada seluruh aspek, saya simpulkan bahawa tiba masanya pendakwah mempamerkan indahnya Islam menerusi lakonan. Kerjaya lakonan tidak salah selagi apa yang kita pamerkan itu mengikut syariat.
“Lagipun, drama ini adaptasi novel terbitan PTS, Warkah Cinta Berbau Syurga, karya Ustaz Ubaidillah Alias. Karya ini berbentuk kerohanian yang padat dengan mesej berguna,” katanya.

Bapa kepada Nazmi Ikhwan, 5, dan Nur Hanis Qaisara, 2, ini berkata, dia bukan Imam Muda pertama membabitkan diri dalam lakonan.

Sebelum ini, juara Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dan Imam Muda Nuri Arbain juga pernah tampil sebagai pelakon undangan.

Terbaru, wajah Imam Muda Omar Mokhtar menghiasi drama Tanah Kubur yang bersiaran menerusi Astro Oasis.Meskipun tiada pengalaman berlakon, Nazrul bersyukur apabila dapat melaksanakan komitmennya seperti mana diharapkan sutradara Mior Hashim Manap.

Sepanjang tempoh dua bulan penggambaran, banyak pengalaman baru dikutip, bahkan di lokasi penggambaran, dia tidak ketinggalan berkongsi ilmu dan menjadi rujukan kru serta pelakon yang mahu mendalami agama.

“Watak Amir Mukhlis tidak jauh berbeza dengan karakter sebenar saya. Cara kami berfikir, bercakap dan jiwa kami sama. Mungkin kerana itu, tidak sukar untuk saya hidupkan watak ini.“Sebenarnya, sejak kecil saya minat dengan seni, bahkan di sekolah saya aktif dengan persembahan nasyid dan lakonan. Bila ada minat, sedikit sebanyak kerja jadi lebih mudah.

“Saya selesa bekerja dengan produksi Alkahfi Pictures. Di set penggambaran, barisan kru dan pelakon raikan saya sebagai imam muda. Ada yang bertanya soal agama, termasuk membabitkan aurat.

“Ada yang minta saya mengajar mengaji al-Quran dan hukum tajwid. Biarpun bercampur, mereka jaga batas pergaulan. Mana yang tidak bertudung, mereka cuba belajar bertudung.

“Insya-Allah, hidayah itu milik Tuhan dan moga mereka terus terbuka hati untuk menutup aurat yang menjadi kebanggaan wanita,” katanya.

Selepas Warkah Cinta, Nazrul yang bakal muncul dengan album zikir bersama sahabatnya, Imam Muda Fakhrul Razi terbitan UNIC Records menjelaskan, ada menerima lamaran membintangi satu lagi drama, namun masih mempertimbangkannya.

Sama seperti Warkah Cinta, dia harus menilai tawaran itu dengan teliti terutama jalan cerita, babak serta barisan pelakon supaya tidak bercanggah dengan syariat.

Warkah Cinta yang baru saja melabuhkan tirainya tiga minggu lalu, ada kemungkinan disambung dan penggambaran akan dilakukan tahun ini. Ia turut dbintangi Heliza Helmi, Amira Rosli, Che Kem, Mardiana Alwi dan Abu Bakar Juah

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...