Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 17 May 2012

BILA KIAH JADI D.O PAK DIN DAH PENCEN

Kisah Kiah D.O dan Pak Din Pencen adalah dua kisah yang bertaut rapat antara pasangan suami isteri.Kiah adalah seorang wanita kampong yang bercita-cita tinggi nak jadi macam sorang pemimpin sebab nak bela kaum wanita....apa orang cakap,nak sama taraf kan kaum Hawa dengan kaum Adam.

 
Kiah ni sangat aktif,tapi bukan dalam bidan politik tapi sebagai "ahli mesyuarat tingkap" jer,pendek kata kejap ke hulu kejap ke hilir dan kejap atas kejap bawah,tapi yang banyak dok kat bawah la.

Pak Din ni suami kepada Kiah,kerjanya memang power,tukang jatuh hukuman(hakim la tu).Sebut nama Pak Din semua orang kenal,yang celik atau pun yang buta.Pak Din ni tunggu masa pencen jer,tapi satu perkara yang orang kampong tak berapa suka,Pak Din ni bila berjalan matanya sering memandang kebawah(bukan warak tapi sombong),dia tak suka bercakap dengan orang,kalau buat kenduri di suruhnya anaknya yang berumur empat tahun menjemput orang kampong.
Kiah semakin galak dengan kegiatannya,bersyarah dan berkempen,tapi yang heran dia bukan ahli politik nak kempen buat kebenda.Selidik punya selidik rupa-rupanya dia ni bercita-cita tinggi nak jadi D.O(patut pun kalut semacam).Kesian Pak Din bila pulang jer kerja bini selalu takda kat rumah apa nak buat dia memang hormat kat bini atau dalam bahasa kasar bini tak takut kat dia.Bila tiba masa yang di tunggu Pak Din pun menempuh zaman pencen.Semasa muda Pak Din sentiasa sibuk tak sempat nak singgah masjid(sekadar lalu sebab itu jer jalan yang ada).Orang buat tahlil atau apa-apa program dia tak hadir sebab tak ada masa.

Bila dah pencen dia hilang arah kat manalah dia nak habiskan masa(sementara menunggu jemputan dari Ilahi),tapi dalam dok tengah fikir dia terfikir....alangkah baik kalau pergi masjid(fikirnya).Pada malam esoknya dia pun pergilah ke masjid,tapi orang buat don't know jer,barulah terfikir oleh Pak Din yang dia dah tak ada power lagi.Kalau dulu ramai yang bertandang kerumahnya kerana sebab tertentu,contohnya nak selesaikan kes anak-anak,tapi sekarang semua jasa beliau orang dah tak ingat pun.Dalam dok tengah fikir tu datang la seorang budak "Pak Din datang masjid malam ni nak makan gulai ayam ke?,biasa Pak Din tak ada"(kebetulan malam tu ada orang buat tahlil),berdesit jantung Pak Din bagai nak luruh dibuatya,tapi apa nak buat...budak-budak.Malam tu bila balik dari masjid Pak Din tak boleh nak lelapkan mata,dia termenung,dalam(deep) renungannya,kepalanya jauh melencong.

Hidup Pak Din kian sepi,dulu ramai kawan tapi sekarang dah jadi macam kera sumbang.Kalau Pak Din ke kedai kopi tak ada pun orang datang nak bersembang,bukan apa segan kot(walau pencen tapi masih digelar orang Pak Din Lawyer).Lepas minum,bayar, terus blah.Kesian orang menengoknya,tapi apa nak buat masa berkuasa tak ingat dunia,tak pandang kanan dan kiri...sekarang beginilah sudah.Tapi satu perkara yang aku tak suka,kalau orang yang tak pernah pijak kaki ke masjid,bila masuk jer kaki kat dalam(masjid) semua mata memandang bagai nak keluar biji mata,apa korang ingat masjid tu bapak korang punya ke?.Inilah sikat orang kita(melayu) mudah lupa...eh! salah pula,mudah memandang serong kat orang,orang nak berubah jadi baik biarlah,sepatutnya kita pakat-pakat meraikan kedatangan ahli Qariah yang baru,baru betul.

Al-kisah tentang kak Kiah kita,Kiah dah semakin uzur,mulutnya tak se lazer dulu,syarahannya pun dah tak laku(asyik citer sama,naik muak orang dengar).Kiah dah tak mampu ke hulu dan kehilir kerana penyakit gout dah menempel,tinggal lah kiah kak rumah.Kiah juga semakin runsing bila melihat perubahan suaminya,dah tak macam dulu,banyak termenung.Tapi tanpa di duga datang seorang hamba Allah datang bertandang dan berbual bicara.Antara yang diucapkan oleh lelaki itu "sabarlah Pak Din ini baru sedikit ujian yang di uji oleh Allah,orang lain lagi hebat,banyak-banyak lah berselawat dan beristighfar,rajin sembahyang malam,banyak berdoa dan solat hajat".

Hidup Pak Din dan kak kiah semakin hari semakin tenang,aman dan tenteram.Walau dengan hati yang berat mereka berdua tetap pergi ke masjid,dengan izin Allah ramai ahli Qariah masjid yang dulu pernah pulaukan Pak Din datang memohon maaf di atas kesilapan mereka.Semenjak hari itu hidupnya semakin ceria,setiap kali Pak Din buat kenduri kesyukuran ramai yang datang,Pak Din dah jadi a.j.k masjid(bukan JKK),dalam politik pun Pak Din ada jawatan(peringkat kampong).Hidup Pak Din kembali normal.Berbekalkan pengalaman semasa memegan jawatan dala kerajaan maka mudahlah dia menyelesaikan masalah orang-orang kampong.Orang-orang kampong memang sayang pada Pak Din dan Kak kiah.

Begitulah serba sedikit kisah dalam kehidupan,banyak mesej yang tersirat...moga boleh dijadikan iktibar untuk di munafaatkan.......


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...