Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday 2 March 2012

KAU TERMISKIN TEMPAT YANG KE BERAPA EK??...


Pemandangan yang dapat kita lihat dimana-mana sahaja..bukan hanya di India ..
Dalam kehidupan kita Allah ciptakan pasangan,ada lelaki ada perempuan,ada kaya ada yang miskin hidup menderita.Hari ini kita baca dalam akhbar seorang lagi bertambah dalam senarai orang terkaya kat negara kita,dulu ada 10 orang sekarang dah jadi 11....so tahniahlah di ucapkan.
Memang yang baik dan cantik sering terpilih untuk menjadi paparan,begitu juga dengan kemewahan atau kekayaan,ia sering jadi bualan dan perhatian.Nama-nama manusia yang ter...ini terpahat kat mana-mana,paling tidak kat hati kita sebab kita juga punya keinginan,namun begitu dalam soal kemiskinan tak seorang pun punya angan-angan dan bercita-cita untuk menjadi miskin,tapi itulah realiti dalam kehidupan.Miskin dari segi harta tak sehebat miskin dalam iman atau jahil dalam erti kata sebenar.Orang yang jahil dalam agama tidak diambil kisah,tak seperti orang yang menderita kerana miskin,tapi mungkin sekadar paparan dan penghias dada-dada akhbar,yang kaya tersenarai...tapi yang miskin ni tak ada ruang nak dicalonkan,jarang  orang bertanya "kau miskin tahap ke berapa ek?".Suasana begini dapat kita lihat dimana-mana sahaja,yang kaya teramat kaya,toksah nak cherita,yang miskin papa kedana......

Berat bayi bak sehelai daun


KANAK-KANAK perempuan berusia dua tahun itu menangis ketika diletakkan di atas penimbang elektronik. Dengan badan yang sangat kurus, Rajni merupakan antara berjuta-juta kanak-kanak yang tidak mendapat makanan secukupnya.
Dengan berat lima kilogram sahaja iaitu separuh daripada berat sepatutnya, Rajni kelihatan lesu, kulit berkedut dan sedang sakit ketika ditemui di klinik yang terletak di daerah Shivpuri, Madhya Pradesh, tengah India.
Jika kanak-kanak itu terus hidup, tumbesarannya akan terbantut, lemah dan kurang bijak berbanding rakan-rakan lain yang mendapat diet lebih baik.
Keadaan klinik yang menjadi tempat ibu bayi tersebut mendapatkan rawatan juga amat menyedihkan dengan bekalan ubat yang terhad, manakala bekalan tenaga elektrik kerap terganggu.
"Dia hanya seberat sehelai daun, ini tidak baik," kata nenek kanak-kanak malang itu, Sushila Devi sambil memegang perut cucunya yang buncit kerana kekurangan zat.
Amat mengejutkan apabila statistik kanak-kanak yang tidak mendapat makanan seimbang di India gagal untuk dikurangkan walaupun ekonomi negara itu meningkat tiga kali ganda antara tahun 1990 hingga 2005.
Peningkatan itu menjadikan India sebagai negara ekonomi ketiga di Asia dan pendapatan perkapita turut meningkat AS$489 (RM1,467) berbanding AS$96 (RM288). Namun, apa yang berlaku ke atas Rajni tidak menggambarkan kemajuan tersebut.
Dalam sebuah kajian yang ditaja oleh kerajaan bulan lalu, sebanyak 42 peratus kanak-kanak bawah lima tahun mengalami kurang berat badan. Angka tersebut adalah dua kali ganda peratus bilangan di sub sahara, Afrika.
Di klinik yang sudah usang dengan wayar elektrik berselirat melingkari dindingnya, pekerja kesihatan, Rekha Singh Chauhan sedang menguruskan beberapa orang kanak-kanak dalam keadaan kurus kering.
Realiti kehidupan
"Sekarang, memang tidak ramai kanak-kanak untuk dijaga. Tetapi, apabila tiba bulan April nanti, banyak kes akan meningkat.
"Situasi boleh menjadi sangat teruk nanti. Tiga orang kanak-kanak akan berkongsi sebuah katil dan ramai yang terpaksa tidur di atas lantai," kata Rekha.
Tambahnya, penyakit-penyakit seperti cirit-birit dan malaria boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah tidak cukup berat badan.

REALITI kehidupan di daerah Shivpuri, Madhya Pradesh begitu menyedihkan.


Di daerah Shivpuri, Madhya Pradesh, paparan realiti kehidupan yang menyedihkan dan masalah kanak-kanak kurang zat jelas kelihatan di kawasan itu.
Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahagian kanak-kanak (Unicef) bilangan kanak-kanak bawah lima tahun mengalami kekurangan zat di Shivpuri menyamai purata kebangsaan.
Bilangan jangka hayat pula sangat teruk iaitu seramai 103 kematian bagi setiap 1,000 kanak-kanak berbanding purata kebangsaan India iaitu 66 orang untuk setiap 1,000 kanak-kanak.
Kebanyakan kanak-kanak malang itu datang daripada keluarga yang berada bawah garis kemiskinan dan buta huruf seperti puak atau golongan berkasta rendah.
Ibu-ibu di situ juga tidak dibesarkan dengan sempurna, dipaksa kahwin muda sebaik sahaja mencapai akil baligh dan melahirkan bayi yang tidak cukup berat badan serta imunisasi lemah.
Buta huruf dan kurang pengetahuan juga menjadi penghalang dalam menurunkan bilangan kematian bayi.
Mereka tidak menyusu bayi-bayi mereka dengan susu badan sebaliknya mereka memberikan susu kerbau yang tercemar dengan air mendorong anak mereka mengalami cirit-birit sekali gus menyukarkan penyerapan zat makanan.
Dengan hampir kebanyakan mereka berpendapatan kurang daripada AS$2 (RM6) sehari, mereka tidak mampu menampung makanan selain capati gandum yang tidak mempunyai cukup protein dan nutrisi lain.
Baru-baru ini, Perdana Menteri India, Manmohan Singh meluahkan kebimbangan mengenai masalah kekurangan zat kanak-kanak India ketika membentangkan hasil tinjauan terhadap kebuluran dan kekurangan zat.
"Walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengagumkan, peningkatan tahap kurang zat di negara ini tidak boleh diterima.
"Kami juga tidak berjaya mengurangkan masalah tersebut pada kadar segera," kata Manmohan.
Kenaikan harga makanan
Beliau menyifatkan perkara tersebut sebagai memalukan negara. Melalui tinjauan di 100 buah daerah di India memperlihat 42 peratus kanak-kanak bawah umur lima tahun mengalami kurang berat badan.
Dalam sebuah lagi laporan kajian yang dikelolakan oleh sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa, Save the Children, hampir 30 peratus keluarga di India terpaksa memotong kuantiti pengambilan makanan berikutan kenaikan harga makanan.
Kajian tersebut mengambil sebanyak 1,000 buah keluarga untuk setiap negara yang terlibat dalam kajian. Negara-negara itu ialah Nigeria, Nepal, India, Pakistan, Bangladesh dan Peru tetapi lebih fokus kepada India.
"Kaji selidik memberi fokus keadaan di India, sebuah negara yang mempunyai angka teramai kanak-kanak kurang zat di dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Save the Children, Jasmine Whitbread.
Mengikut laporan, majoriti rakyat India berdepan masalah harga makanan sepanjang tahun 2011.

BUTA huruf dan kurang pengetahuan juga menjadi penghalang dalam menurunkan bilangan kematian bayi.


Laporan itu mendedahkan, ramai kanak-kanak India terpaksa meninggalkan bangku sekolah bagi membolehkan mereka bekerja dan membantu keluarga membeli makanan.
Penduduk yang lain pula langsung tidak mampu memiliki diet pemakanan yang baik sehingga menyebabkan berlaku kes bayi bawah lima tahun mengalami masalah kekurangan zat yang sangat kronik.
Berdasarkan laporan terbaharu yang diterima, Whitbread menambah, lebih kurang 24 peratus keluarga di India bersama anak-anak mereka terpaksa berlapar seharian, manakala 27 peratus rakyat India tidak mampu membeli daging, susu dan sayur setiap minggu.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Jairam Ramesh turut melemparkan pandangan bahawa hampir tiada peningkatan pada keperluan pemakanan walaupun ekonomi negara semakin baik.
Menyifatkan negeri Tamil Nadu dan Kerala semakin baik berbanding negeri-negeri lain, Jairam menyalahkan parti-parti politik yang gemar menggunakan isu tersebut sebagai agenda menggerak pengaruh politik mereka.
Tambahnya, banyak sumber awam diperlukan untuk membaiki standard kesihatan, air dan kebersihan malah, dia berjanji pada bajet 2013, kerajaan pusat akan menambah peruntukan di semua bahagian berkenaan.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...