Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday 29 February 2012

KONSERT ERYKAH BADU DIBATALKAN


Konsert Erykah Badu yang sepatutnya berlangsung malam ini di Pusat Konversyen Kuala Lumpur menemui jalan buntu apabila permitnya telah ditarik balik oleh pihak kerajaan, hari ini.
Pihak penganjur Pineapple Concerts telah menyalahkan akhbar The Star kerana menyiarkan gambar tidak rasmi penyanyi tersebut sehingga membangkitkan sentimen masyarakat. Pihak penganjur menambah lagi, mereka telah menghubungi wakil akhbar dan pihak akhbar sudah memohon maaf.

Setakat ini, pihak penganjur masih belum membuat sebarang keputusan untuk mengambil tindakan terhadap pihak akhbar terbabit. Erykah turut akur dengan keputusan kerajaan serta menghormati sensitiviti dan pegangan agama rakyat Malaysia.
Penganjur dikatakan menangungg kerugian namun jumlahnya tidak didedahkan. Peminat boleh mendapatkan semula wang tiket melalui wakil jualan AirAsiaRedTix.
Erykah nyata kecewa, namun dia berharap agar diberikan peluang untuk mengadakan konsert di sini kelak. Namun begitu, konsert di Indonesia masih berjalan seperti biasa.
Dalam situasi macamni dua-dua pihak memang bersalah,penganjur dan 
akhbar..kalau permit konsert dibatalkan oleh kerajaan tapi bagaimana dengan permit akhbar,apa tindakan kerajaan..
baca kenyataan diatas dan fikir-fikirkan...
tanya hati nurani korang dan apa perasaannya bila kalimah Allah boleh dipersendakan dan diperlekeh,kalau tak rasa apa-apa baik jadi makhluk yang berotak tapi tak berakal....

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...