Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 16 February 2012

DUA BERADIK RENTUNG..


MENGGATAL: “Mak tolong... mak tolong.” Itulah jeritan terakhir dua beradik sebelum perlahan-lahan hilang bersama bunyi rumah dimamah api dalam kebakaran di Kampung Gudon, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, Nurshazwani Hafize, 7, dan adiknya Nurafendi Ashraf, 2, ditemui rentung dalam bilik di rumah mereka sebaik api dipadamkan.

Ibu mangsa, Junaidah Doolyit, 32, berkata ketika kejadian dia mencuci pakaian di tingkat bawah, manakala dua beradik itu berada dalam bilik di tingkat atas.
Selepas kebakaran itu disedari kakak mangsa, Junaidah cuba naik ke tingkat atas bagi menyelamatkan anaknya.

“Saya cuba naik ke tingkat atas, namun dihalang ahli keluarga kerana ketika itu api sudah marak dan sebahagian tangga terbakar. “Saya mendengar jeritan Nurshazwani beberapa kali meminta tolong, namun apakan daya api terlalu marak,” katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian.

Sementara itu, bapa mangsa, Hafize Abdullah, 28, berkata beberapa ahli keluarga cuba membantu menyelamatkan mangsa termasuk jirannya, Abdul Rahim Salin, 32, tetapi tidak berjaya.“Ketika itu, isteri saya meminta bantuan Abdul Rahim selepas dimaklumkan Nurshazwani dan Nurafendi terperangkap di dalam bilik.

“Abdul Rahim turut mendengar jeritan Nurshazwani di dalam bilik, tetapi disebabkan api terlalu marak, mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya. Datuk mangsa, Doolyit Alihusin, 64, berkata dia sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum seorang anaknya menjerit memberitahu api merebak di tingkat atas.
“Saya turut cuba naik ke tingkat atas bagi menyelamatkan cucu, tetapi tidak berjaya kerana api terlalu marak. Muka saya turut melecur akibat bahang terlalu panas,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.09 malam dan empat jentera dikerah ke tempat kejadian.

“Api berjaya dikawal pada jam 11.40 malam dan sebaik dipadamkan, bomba menemui dua kanak-kanak rentung dalam kejadian ini,” katanya.

Katanya, bomba masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian juga belum dipastikan. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

Sementara itu, keadaan tegang seketika apabila seorang lelaki yang mendakwa dirinya anggota polis bantuan menghalang petugas media menjalankan tugas dengan mengeluarkan kata-kata kesat selain cuba merampas kamera jurugambar Harian Metro.

Malah, lelaki berkenaan turut mengugut untuk mengasari jurugambar jika terus merakam gambar kejadian itu.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...