Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 19 January 2012

BELUM SIAP SUDAH TERBAKAR


KUALA LUMPUR: Ratusan pemilik kenderaan yang ingin ke tempat kerja terperangkap dalam kesesakan di laluan sekitar KL Sentral, di sini, apabila sebuah bangunan pejabat setinggi 31 tingkat yang masih dalam pembinaan terbakar, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, bangunan terbabit yang dibina dua tahun lalu dan dijangka siap hujung tahun ini terbakar sebelum merebak pantas di tingkat 30 dan 31.
MARAK...BANGUNAN DALAM PEMBINAAN TERBAKAR
Pengawal keselamatan yang menyedari kebakaran itu segera menghubungi bomba.Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi dan sebaik menerima maklumat itu, 17 jentera dengan 95 anggota dari balai bomba di Lembah Klang dikerah ke tempat kejadian.

Menurutnya, api merebak pantas disebabkan bahan binaan mudah terbakar seperti kepingan kayu di atas bangunan berkenaan, malah ada yang jatuh dan membahayakan orang ramai.

“Kami pada mulanya menghadapi kesukaran untuk mengawal api kerana kedudukannya yang tinggi dan menggunakan perancah bermula di tingkat 26 untuk naik ke tingkat atas.
“Selepas beberapa jam bertungkus-lumus memadamkan kebakaran, api berjaya dikawal sepenuhnya jam 8.30 pagi,” katanya.(HM)

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...