Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday 8 January 2012

CELIK DI MATA TAPI BUTA DIHATI

Aku memohon maaf kalau tajuk entry aku kali ini agak kasar dan menyakiti hati korang semua.Masa kian berubah begitu juga dengan manusia,kalau dulu ustaz mengajar agama dengan cara yang lembut sebab manusia pada masa itu lembut sifatnya dan mudah menerima setiap tegahan dan kemungkaran,tapi sebaliknya pada hari ini hati manusia bertambah keras dan jahat perilakunya,hati berkarat dan susah untuk dicuci.Hanya dengan kekerasan juga tidak mampu untuk melembutkan hati manusia seperti ini.
Pada zaman ini setiap kampong ada ustaz yang mengajar agama dan hampir setiap hari penuh dengan program keagamaan.Tapi hairan juga rasanya bila difikirkan,hari ini ramai manusia yang sesat dan punah pegangan(akidah),bila akidah rosak maka timbul lah perbagai penyakit,yang kotor di cari orang, yang cuci jernih dibuang pula.Mereka sukar untuk membezakan mana yang kelabu dan berdebu.

Sedikit demi sedikit fahaman yahudi menyelinap masuk dan menyuntik kemungkaran kedalam jiwa anak-anak orang islam sehingga diterima pakai oleh seluruh umat islam pada hari ini.Hiburan adalah agenda penting dan ianya menjadi minat hampir seluruh anak-anak orang islam,nyanyian,lakonan dan sebutlah apa saja janji menjanjikan sumber pendapatan dan glamour.Beruntung mak bapak yang ada anak ramai,ianya adalah sumber pendapatan pada hari ini.Latih anak dan didiklah mereka supaya menghampiri dunia glamour ini sejak dari kecil,bagi pakai pakaian  yang cantik dan seksi supaya kelabu mata juri,inilah tuah anak,bila anak jadi juara kita boleh tumpang gumbira dan masuk paper,anak saper tu orang tanya....tu la anak sipolan....wah! pandainya dia didik anak,riaklah kita,iblispun ketawa...kita berjaya!kita berjaya.....

Mereka menjadikan orang-orang yang sesat dan kaki maksiat sebagai idola,apalah agaknya yang di inginkan
dalam dunia yang penuh dengan tipu daya dan kemusnahan ini.Menjadikan idola pada manusia yang hidup diselubungi dosa dan maksiat tidak mendatangkan sebarang munafaat.Kita sebagai orang islam sepatutnya jadikan Nabi Mohammad (s.a.w) sebagai idola kerana hanya baginda sahaja yang mampu memberi syufaat kepada kita,tapi bukan ahli maksiat.
sepatutnya kerajaan perbanyakkan program seperti ini,ada juga munafaatnya...
Pada hari ini kecenderungan ibu-bapa untuk mengajar hal-hal keagamaan agak kecil,mereka lebih gemar mendidik anak-anak supaya menceburi bidang-bidang yang membolehkan hidup menjadi glamour dan cemerlang dengan ilmu duniawi.Peranan orang yahudi adalah mencari kelemahan dan kesukaan bagi umat islam.Kelemahan umat islam ialah pada dunia hiburan atau permainan,di celah-celah kelemahan itu telah berjaya di isi dengan kesukaan yang menyebabkan kita lalai pada syariat islam.Dalam bersukan contohnya bola sepak dan renang,tak kira lah kita sebagai orang islam atau tidak tak ada bezanya dalam soal berpakaian,pemain bola sepak,dulu kini dan selamanya berseluar pendek menampakkan lutut,sedangkan lutut itu aurat pada lelaki,yang menonton perlawanan bukan lelaki sahaja,ada perempuan dan pondan pun ada.

Dalam acara renang pula peserta hanya berbikini,menutup sebahagian kecil yang dimalu(malu ke tak,tak tahu la),dalam sebahagian kecil yang ingin mengamalkan syariat islam,atas kesedaran itu maka mereka telah mencipta pakaian renangnya sendiri,tapi ada ka orang islam yang tiru,memang bengong sungguh,yang halal tak di tiru yang haram juga di mahunya.

Mendidik anak bukan hanya pada memyediakan makan,minum dan pakai,tapi juga dalam soal keagamaan,tanamkan anak-anak kita dengan akidah yang kuat."Bila mata celik tapi buta hati",yang kotor disangka bersih yang putih bersih pula dianggap hitam dan menjijikkan.Pada hari ini banyak sangat program realiti tv,tapi hampir semua tak menampakkan realiti untuk mendidik manusia menjadi cemerlang dalam keagamaan,hanya untuk kesenangan dunia.Rata-rata yang yang megambil bahagian adalah anak-anak orang melayu beragama islam.Kenapa dan mengapa,sebabnya dalam kehidupan hari ini kita sering ditonjolkan dengan kemewahan,kejayaan dan kecemerlangan dalam mencari wang ringgit,buat lah apa saja janji dapat duit.Kita tengok pada hari ini manusia sanggup buat apa saja untuk menempa nama negara,sebagai balasan dan imbuhan wang ringgit,dapat tanah,rumah dan sebagainya.Seandainya kita ini mampu hidup 10 atau 20 tahun lagi gamaknya ada  la pula manusia yang mencipta nama sebagai paling banyak membuat dosa dan dapat gelaran yang tertera dan terpahat namanya pada tugu atau buku.

Program "idola kecil" menampakkan kejayaan untuk merosaskkan minda anak-anak,sejak kecil sudah di asuh untuk menjadi penghibur,mereka di berikan tajuk-tajuk lagu yang tak sesuai dengan umur mereka,pakaian pula ada yang menjolok mata,mana pergi peranan kita sebagai penjaga yang menerima amanat dari Allah.Amat malang dalam kehidupan hari ini,gejala soaial semakin parah,yang katakan berjaya dalam ilmu akademik,yang kita sanjung dan junjung,yang selalu di pesan oleh ibu-bapa kita "kau belajarlah sampai pandai,bila besar jadi orang berjaya dan disegani",apalah erti kejayaan yang menjulang tanpa ilmu agama yang dapat menjadi sempadan,akhirnya mereka hancur dan punah ranah bersama amanah yang diberikan,berilah apa-apa jawatan mereka nescaya akan mengecewakan kerana wang yang memang membuatkan manusia menjadi gila.

Media adalah pendidik dan pengasuh secara tak lansung,dalam diam-diam anak-anak kita diasuh dan dicorakkan dengan kehidupan yang sonsang.Kita pula sebagai ibu-bapa di jadikan ejen untuk mengrealisasikan segala agenda,kita tertipu dengan ajakan mereka,yang buruk kita nampak baik kerana kita dididik untuk membiasakan dan  menerima apa yang di paparkan di kaca-kaca tv dan media cetak.Sebutlah apa saja,hiburan,gejala sosial bangsa kita yang islam inilah menjadi juara.Carilah program-program yang baik-baik,jangan kita biarkan ana-anak kita terjerumus kelembah yang hina,jangan lah kita yang menjadi penyebab,kerana kita akan menjawab segala-galanya...

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...