Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday 16 November 2011

MB KEDAH BENTANG BAJET 2012

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membentangkan Bajet 2012 berjumlah RM1.008 bilion di Dun Kedah di sini petang ini.Ia membabitkan RM570 juta untuk perbelanjaan mengurus, RM259 juta bagi perbelanjaan pembangunan dan RM179 juta untuk perbelanjaan bekalan air.

Antara yang mendapat peruntukan tinggi dalam perbelanjaan mengurus ialah Jabatan Kerja Raya kira-kira 46.5 juta, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (RM43.6 juta), Jabatan Pengairan dan Saliran (RM27.4 juta), Jabatan Kebajikan Masyarakat (RM23.4 juta), Jabatan Perhutanan (RM14.6 juta) dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (RM12.5 juta).

Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pula menerima RM32.8 juta manakala Pejabat Sultan Kedah mendapat RM11.5 juta.


Azizan turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membaiki dan membina rumah keluarga miskin pada tahun depan selain RM50,000 bagi setiap Dun bagi kerja membaiki rumah keluarga miskin pada akhir tahun ini.
"Bantuan sebanyak RM100 kepada seorang pelajar daripada setiap keluarga yang berdaftar dengan e-sinar sehingga 31 Oktober 2011 akan diberikan pada awal tahun depan sebagai bantuan meringankan beban membuat persediaan persekolahan anak-anak mereka,
"Bantuan Skim Kafalah bagi meringankan beban keluarga miskin menguruskan jenazah sebanyak RM500 akan diteruskan," katanya.SH

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...