Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday 14 November 2011

IMEJ GANGSTERISM-FILEM KITA

Imej bertatoo,berambut panjang dan dengan memek muka yang ganas dan langsi(apa ke jadah maknanya aku pun tak tahu).Berbagai-bagai cara yang hendak ditonjolkan, asalkan ganaz dan brutal,itulah corak filem yang dihidangkan kepada generasi muda sekarang.Bermodalkan imej ganas dan heroin pula dari pelakon yang jambu,itu adalah daya tarikan filem sekarang,apa mesej yang nak ditonjol sebenarnya.Maaf aku bukan pengkritik filem atau orang seni tapi sekadar luahan hati,kalau tak diluah nanti mati.
imej bertatoo dan berantai...
Tak semestinya filem yang boxoffice itu bermutu,sebuah filem dianggap berjaya bila mendapat kutipan berjuta-juta ringgit.Penonton yang,penonton disasarkan adalah para remaja,adegan lumba kereta haram,Mat rempit,bohsia dan bermacam-macam.Remaja meminati kerana berkisar dengan kehidupan mereka,kisah penularan gejala sosial,pergaulan bebas,zina dan buang bayi.Kalau kisah begini yang nak dipaparkan alangkah malangnya kerana sama tarafnya dengan filem barat yang tidak bermoral.

Kita seolah-olah cuba meniru orang barat bikin filem,buat filem kerana nak mengaut keuntungan soal lain jangan dikira.Penonjolan imej yang ganas sedikit sebanyak memberi kesan buruk kepada remaja,tambahan dikala ini keruntuhan moral yang begitu teruk.Filem boleh dijadikan sebagai dakwah,membawa manusia kearah kebaikkan.Seharusnya seni itu jangan sekadar untuk menghibur sahaja,kita boleh lihat bagaimana filem-filem dari negara Iran contohnya "children of heaven" filem yang berjaya membuatkan penonton sebak kerana berjaya menyingkap perasaan kemanusiaan.

Dinegara kita amat jarang atau tak ramai pengarah dan penerbit yang membuat filem yang berkisar tentang kemanusiaan mungkin kerana takut tiada penonton ke pawagan,itulah silap kita bila kita sering disajikan dengan filem percintaan,hantu,.komedi dan keganasan.Dalam era 70'an kita rasanya amat bertuah kerana dapat menonton filem yang bagus dan bermesej,filem-filem Allahyarham Tan sri P.Ramlee contohnya walaupun apa bentuk filem yang dibuat, baik komedi,kemanusiaan dan patriotik terkandung mesej yang baik dan sampai sekarang masih bertatah dihati penonton.
                                          


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...