Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday 29 October 2011

BANGKOK BERSIAP-SEDIA HADAPI BANJIR

Bangkok siap sedia hadapi banjir 
BANGKOK - Persiapan akhir telah dilakukan untuk menghadapi banjir besar yang dijangka akan melanda pada bila-bila masa di Bangkok.

Dalam perkembangan terbaru, media tempatan melaporkan secara dalam talian bahawa Pusat Operasi Bantuan Banjir (FROC) telah mengeluarkan amaran supaya penduduk berpindah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini selepas paras banjir dijangka akan meningkat pada paras kritikal dalam tempoh beberapa hari lagi.

Ini kerana, air banjir dari kawasan utara dijangka akan melimpah dan menenggelamkan Bangkok dalam tempoh terdekat kerana air laut dijangka akan pasang bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Cuti umum yang bermula semalam menyebabkan puluhan ribu penduduk mengambil peluang untuk keluar dari Bangkok menggunakan pengangkutan awam.

Keadaan di terminal bas, stesen teksi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi mengalami kesesakan luar biasa berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, banjir tidak melanda seluruh bandar raya itu seperti yang diramalkan Pihak Berkuasa Metropolitan Bangkok.

Setakat ini, banjir terburuk di negara tersebut hanya menenggelamkan bahagian utara, barat dan timur Bangkok.

Gabenor Sukhumbhand Paribatra berkata, keadaan di daerah Wang Thonglang dan Lat Phrao kini terpaksa dipantau dengan teliti kerana air banjir semakin menghampiri bahagian tengah Bangkok.

Sukhumbhand turut meramalkan paras air di Sungai Chao Phraya akan mencecah 2.6 meter hari ini melebihi paras tembok penghalang banjir yang berukuran 2.5 meter.

“Ada bukti menunjukkan limpahan air dari bahagian utara Bangkok semakin meningkat,” katanya.

Beliau juga meminta penduduk di sepanjang sungai agar lebih berhati-hati dan memperkukuhkan tembok penghalang banjir sementara yang dibina di sepanjang sungai itu.

Dalam satu kenyataan lain, Ketua Pengarah FROC, Pracha Promnok, berkata kerajaan telah menyediakan pusat pemindahan di lapan wilayah sebagai tambahan kepada 100 pusat pemindahan yang sedia ada di bandar tersebut.

Sebanyak seribu bot dan lori juga disediakan untuk memindahkan orang ramai sekitar Bangkok yang dianggarkan mempunyai kira-kira 12 juta penduduk.

Sementara itu, benteng yang dibina di lapangan terbang Don Muang sebelum ini dilaporkan telah pecah akibat arus banjir yang deras, sekali gus menyebabkan hampir keseluruhan kawasan sekitar landasan tersebut tenggelam.SH-

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...