Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 15 September 2011

SEX DAN ORANG MELAYU

Panas dan teramat panas entry hari ini,persoalan sex dan orang melayu.Sex adalah suatu yang indah untuk di nikmati tapi mestilah dengan cara yang halal melalui perkahwinan dan pasangan suami isteri yang yang sah.Sex bukanlah suatu yang tabu untuk dipersoalkan tapi kenalah dengan kaedah dan gaya yang betul.Apakah sex itu suatu perkara pokok atau kemestian bagi manusia,mari kita bincangkan.
Setiap ciptaan Allah mempunyai nafsu cuma caranya berbeza untuk dilepaskan,manusia ada adat dan caranya tak seperti haiwan boleh dilakukan dimana-mana sahaja tak mengira tempat atau pasangan.Manusia yang normal tak akan jadi seperti haiwan,walaupun pada ketika ini sifat dan adab manusia kian terhakis.Saban hari kita baca dalam akhbar bagaimana keruntuhan moral manusia khususnya orang melayu,mereka bebas bergaul,berzina ditempat-tempat yang tak sepatutnya,seperti didalam kereta,ditangga pusat beli-belah pada waktu siang,mereka melepaskan hawa nafsu sex yang menyalahi dengan hukum dan syariat Allah.

Bagi aku sex adalah bukan segala-galanya,sex hanya tuntutan hidup,tapi kenapa mereka sering mempersoalkan tentang sex,ada pasangan yang tak puas,tak mencapai kemuncak bila berhubungan,ada isteri yang tanpa segan silu menyatakan tentang ketidakpuasannya bila melakukan sex dengan suami.Ramai isteri melayu yang curang,yang berzina dengan lelaki lain,apakah kerana gagal mencapai kepuasan dengan suami mereka atau kerana kejahatannya yang suka berbuat sedemikian.

Orang melayu dan kekuatan sex tak boleh dipisahakah,apakah itu hanya mitos atau cakap-cakap kosong sahaja.Teringat aku masa aku muda-remaja,bila hari cuti persekolahan (sabtu) aku dan kawan-kawan suka pergi ke Kota Bharu,masa tu supermarket tak banyak macam sekarang yang banyak hanyalah emporium seperti Chin-Seng. Aku selalu berkunjung dekat emporium ni sebab dekat dengan Pasar MPKB.Di depan emporium Chin Seng ada orang jual ubat,ubat kuat,ubat gagah semua ada.
Aku suka lepak dengan kenkawan kat situ sebab pakcik yang jual ubat tu selalu pamerkan gambar awek yang seksi.Kat situ ada jual gambir Serawak,bulu kambing dan maajum kuat,aku memang minat giler dengan hal yang bersangkutan dengan sex dan sememangnya nafsu muda memang begitu.Begitulah dunia sex orang melayu,sejauh mana kehebatan sex orang melayu itu terserah kepada individu.

Orang melayu juga ada yang giler sex,ada yang ratah anak sendiri,melayu suka makan melayu dan melayu jual melayu,pendek kata segala-segalanya melayu memang hebat...

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...