Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday 11 September 2011

KHABAR GEMBIRA BUAT RAKYAT 1 MALAYSIA

Kah!kah!(2x cukuplah), ini berita baik untuk rakyat 1 Malaysia yang merdeka dah 54 tahun,baru sekejap tadi aku terima sms dari Celcom dan begini bunyinya "RM0,Plggn dihargai,mulai 15/9/2011,semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yang berkenaan.info:www.celcom.com.my...from Celcom.

Bangang dan bengong kita melanggan suatu perkhidmatan dari rangkaian telekomunikasi tak kira apa nama,baik Celcom ke apa-apa tapi kita pula dibebani cukai,bukankah cukai tersebut telah dibayar oleh syarikat berkenaan kepada kerajaan,cukuplah wahai rakyat Malaysia jangan di perbodohkan lagi,sebelum ni kita juga dikenakan cukai kalau makan direstoren makanan segera seperti KFC,kita peri mentangkedarah kat kedai dia tapi alih-alih kita kena bayar cuka pula pada kerajaan bukan kah gila namanya.Aku masih guna telefon rumah dan berlanggan dengan Telekom sebab nak guna internet dan kena bayar juga cukai 6%,berapa banyak cukai aku kena bayar....boleh mati la aku rakyat yang berpendapatan rendah,mulai tarikh 15/9/2011 aku terpaksa berhenti guna handphone aku dan good-bye Celcom kerana sebelum ini credit aku pun selalu hilang....

Keratan akbar Utusan Meloya

ARKIB : 09/09/2011

Ramai bantah cukai 6 peratus



KUALA LUMPUR 8 Sept. - Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar hari ini senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal.
“Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan.
“Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September ini.
Mengulas lanjut, Maamor berkata,selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa) meminta kerajaan membekukan perlaksanaan langkah itu.
Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, pengenalan cukai itu tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain.
“Kami sangat dukacita kerana industri itu hanya melihat dari satu pandangan sahaja iaitu meningkat keuntungan mereka tanpa mempedulikan nasib pengguna.
“Selama ini, syarikat-syarikat berkenaan sudah mengaut keuntungan lumayan bukan sahaja melalui 15 juta rakyat tempatan tetapi juga daripada lebih empat juta pekerja asing di negara ini yang menggunakan perkhidmatan mereka.
“Apakah semua itu tidak cukup lagi sehingga mahu menekan pengguna dan rakyat negara ini pula,” katanya.
Menurutnya, jika keputusan tersebut dikekalkan, Cassa akan bekerjasama dengan persatuan pengguna dan NGO lain untuk melancarkan kempen memboikot secara besar-besaran.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusuff Ismail berkata, cukai itu dilihat sebagai cekik darah dan tidak perlu sama sekali.
“Pengguna menggunakan kad prabayar kerana mereka tidak merasa beban berbanding menggunakan talian yang kadang-kala mencecah ratusan ringgit apabila membuat pembayaran.
“Malahan, ada kad prabayaran yang boleh ditambah nilai dengan hanya RM5 tetapi jika mereka kenakan cukai, ia dilihat seperti membuli pengguna dan ia tidak patut berlaku,” katanya.

INILAH HADIAH DARI KERAJAAN I MALAYSIA-HIDUP SEMUA KENA BAYAR CUKAI,MUNGKIN 1 HARI NANTI MATI PUN KENA BAYAR CUKAI

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...