Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday 20 September 2011

BERSELINGKUH...

Berselingkuh,apa itu berselingkuh?....ada yang biasa mendengarnya dan ada yang tidak.Pada yang biasa mendengar mungkin pula tidak mengetahui maknanya.Selingkuh itu ertinya tidak berkata benar,atau menyembunyikan sesuatu,sesuatu itu mungkin pada perbuatan  atau percakapan.Persoalan tentang tidak mengatakan perkara yang sebenar atau dalam bahasa yang mudah untuk difahami adalah curang atau main serong.

curang tak mengira tempat....
Dunia hari ini yang serba canggih dengan adanya alat berkomunikasi seperti handphone dan internet sekaligus memudahkan kecurangan berlaku,maka tidak hairanlah pada hari ini ramai pasangan yang curang,baik isteri atau suami.Kita sering membaca dalam media cetak atau elektronik begitu ramai isteri melayu yang beragama islam yang curang,ada yang kahwin tak sampai 24 jam isteri dah lari ikut jantan lain,puncanya laman sesawang.

Ada yang dah kahwin berpuluh tahun dan beranak pinak,tapi lantaran nafsu serakah sanggup meninggalkan suami dan anak-anak,tapi yang amat malang lagi jantan yang di turutnya warga asing yang tidak beragama islam.

Selingkuh ini terbahagi kepada dua,pertama selingkuh cara fizikal dan yang kedua ialah selingkuh emosional.Selingkuh fizikal ini contohnya secara terang-terangan seperti bercumbu atau berpelukan.
Selingkuh emosional pula secara beremosi atau punyai keinginan untuk melakukan pada yang bukan pasangan yang hak(suami,isteri yang sah)

Apa alasan bagi mereka yang bereselingkuh(wanita),
Bila bercerita tentang kecurangan atau perselingkuhan maka kita akan memberi tumpuan pada kaum wanita sahaja,tapi mengikut sumber peratusan kecurangan bagi lelaki ialah 22% manakala perempuan hanya 14% sahaja,tapi itu terpulanglah pada tanggapan masing-masing,kenapa dan mengapa mereka curang(wanita)....
1-Membalas dendam
Panasnya api neraka itu seolah-olah terpadam dengan dendam pada pihak suami bila sudah terbalas,mereka ini seolah-olah membakar diri mereka sendiri.Ini antara kesilapan yang akan memakan diri pada setiap pasangan dan adakah mereka ini sanggup berhadapan dan meminta maaf dari suami masing-masing...

2-Masih menyintai bekas kekasih
Ini satu persoalan yang rumit dan amat sukar untuk diselesaikan."Dari putus terus baik curang dibelakang" itu antara kata-kata wanita yang sudah bersuami tapi masih mencintai bekas kekasih.Mereka kahwin kerana bukan atas dasar cinta,mungkin dipaksa,calon suami(bekas kekasih) bukan pilihan orang tua.Mereka sering berhubung atau bertemu dan mencurah perasaan dan mereka juga terjebak dengan pengzinaan...Masyallah..merekan sangup berbuat dosa dan curang pada suami...

3-Bosan dikamar
Bosan atau sudah muak,setiap hari makan pengat terasa juga ingin makan bubur,hal ini boleh terjadi bila kadang-kadang perempuan dirasuk syaitan.Syaitan ini adalah dari kaum perempuan.Bila perempuan berkumpul ada saja cerita,ada yang menceritakan kehebatan yang ada pada pasangan masing-masing,suaminya gagah,kuat dan macam-macam lagi yang tak boleh aku ceritakan,maka ada isteri yang mula
membuat perbandingan,lelakinya lembik,mereka mula meminta sesuatu yang tak mampu untuk diberikan oleh suaminya,itulah aku selalu cakap kahwin itu bukan senang kena juga belajar teknik nak puaskan isteri,isteri dulu lain,tapi sekarang tidak mudah memberontak....

4-Emosi
Wanita itu terkenal dengan manusia yang suka beremosi,emo dan lelaki itu sangat ego,dua perasaan yang sukar dipisahkan.Wanita itu memerlukan jagaan dan sentiasa dibimbing.Sekali suami membiarkan isteri atau sering membiarakan isteri keseorangan maka mereka mula beremosi yang suaminya sudah bosan padanya.Keadaan ini berlanjutan mereka berfikir dan berkata "kalau dah tak suka buat apa hidup bersama,baik cari yang lain" amat menakutkan bila ianya berlaku.

5-Merasa dirinya tidak dihargai
Menjadi seorang suri rumah amat memenatkan,penuh dengan tugasan,membasuh,memasak,mengjaga anak dan segala-galanya."Adakah aku ini pembantu rumah atau hamba" dan aku selalu mengingati setiap kali aku menulis,wahai suami bantulah isteri kamu,dia bukan hamba,dia juga ada perasaan yang minta dibelai dan dimanja.Suami selalu sibuk,mesyuarat sana-sini,bermain golf dan macam-macam aktiviti sehingga terabai tugasan terhadap keluarga dan terpaksa di lakukan sepenuhnya oleh isteri...

6-Hilang kemesraan dan tidak intim
Saiapa kata kekayaan itu salah segala-galanya.Rumah besar,kereta mewah,duit berlambak,semua itu adalah kulit sahaja,kenyataannya tidak begitu,satu perkara yang anda lupa....bukan sex,tapi pendekatan.Dakapan,belaian,ciuman.....wanita amat memerlukan ini bukan harta dan kemewahan.Kalau anda gagal memberikanya mungkin akan dicari ditempat lain.Cara menambah keintiman,selalu berbual dan memicitnya....sering keluar makan bersama.

7-Terlalu serius
Rata-rata wanita amat meminati lelaki yang kelakar tapi bukan nakal,jangan selalu serius wahai suami.Selalu berseloroh dan bercakap perkara yang lucu tapi tidak keterlaluan supaya jangan sampai isteri hilang batasan untuk menghormati suami'''

8-Tak puas sex
Nah ini persoalan yang tak sanggup dan diceritakan,cerita isteri tak puas sex memang mencabar kelakian seorang yang bergelar pria,nak disalahkan pada kaum perempuan memang tak kena rasanya.Lelaki  selalunya cuba mengelak dari berbicara tentang kelemahan dari kerana lelaki itu terkenal dengan sikap egonya.Cuba belajar sedar diri atau mengakui kelemahan diri,sampai bila nak bermain drama,sampai bila nak menutup kelemahan diri.Bagi yang lemah boleh berubat atau cari pakar kaunseling yang bertauliah,banyak membaca tentang cara bagaimana nak puaskan nafsu kaum wanita(isteri),sekarang ini berlambak bahan bacaan yang berada dipasaran,jika malu boleh dapatkan kat laman web,cegah sebelum parah.....kerana isteri sering berselingkuh maka begini jadinya 

SAYA TAK AKAN MAAFKAN ISTERI SAYA..


Luahan hati seorang suami

SAYA sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.
Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu.
Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.
Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya.
Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa.
Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.
Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan
selama ini.
Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yang baik juga.
Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.
Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.
Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis.
Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.
Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga.
Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.
Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.
Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.
Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayang-menyayangi.
Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.
Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.
Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.
Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.
Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.
Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.
Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.
Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.
Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.
Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.
Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali.
Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.
Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.
Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.
Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.
Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.
Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.
Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain.
Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini?

MENGAPA AKU CURANG

Luahan hati seorang isteri
Entah apa yang salah dari perkawinan kami. Setelah kutahu kalau suamiku punya WIL (wanita idaman lain), akupun nekat membalasnya dengan memelihara seorang lelaki untuk dijadikan teman selingkuh. Ini adalah cerita nyata hidupku dari kecil sampai ku beranjak dewasa.

Cerita tentang kehancuran rumah tanggaku mulai terkuak ketika aku mendapati suamiku, Ardi (nama samaran) berselingkuh dengan seorang wanita muda yang masih berstatus mahasiswa. Mereka ternyata telah menikah, diam-diam. Pikiranku kacau, aku tak mampu mengendalikan diri. Perasaan cinta dan kesetiaan yang kujaga selama ini telah dihancurkan Ardi.
Meski aku mencoba bertahan dengan kondisi rumah tangga yang sudah awut-awutan, namun imanku sudah terkoyak. Jadinya apa? Hanya dendam yang membelenggu di benakku. Aku mulai mencari bagaimana mengobati sakit hatiku selama ini. Kalau harus cerai dengan Ardi, aku harus berpikir dulu karena tidak punya apa-apa lagi di kota ini. Kedua orang tuaku sekarang ada di Jawa, sementara aku sama sekali tidak punya pekerjaan untuk menopang hidup seorang diri.
Makanya, aku mencoba mempertahankan rumah tangga kami. Suamiku yang seorang pengusaha, menjanjikan akan memenuhi semua kebutuhan asal aku tidak lagi meributkan pernikahannya dengan wanita itu. Untuk langkah pertama, aku menerima keputusan itu. Aku pikir, itu jauh lebih baik ketimbang mengambil tindakan yang bisa merugikan rencanaku.
Tepat sekali, ketika Ardi pergi berbulan madu dengan isteri mudanya ke Jakarta, aku memanfaatkan kesempatan itu untuk mencari hiburan di luar rumah. Kebetulan saja, Ardi memberi uang belanja untuk sebulan, yang jumlahnya lumayan banyak untuk kuhamburkan.
Mulailah aku berkenalan dengan dunia malam dan cerita pun berkembang menjadi hot. Beberapa diskotik, bar dan tempat hiburan kelas atas kujelajahi. Sampai suatu hari aku berkenalan dengan seorang pemuda di suatu tempat hiburan di hotel berbintang. Ketampanannya cukup membuatku tergiur, apalagi selama ini, hampir tak pernah lagi Ardi menyentuhku. Sebagai wanita normal, tentu saja aku sangat mengharapkan belaian hangat seorang lelaki dewasa.
Perkenalanku dengan pemuda yang bernama Haris (samaran), seolah membuka kesempatan bagiku untuk balas dendam. Apalagi kulihat, Haris cukup dewasa dan pandai menaklukan wanita, termasuk aku. Hanya dalam tempo seminggu setelah perkenalan kami malam itu, aku dan Haris sudah melanjutkan hubungan di atas ranjang. Tak terpikirkan lagi olehku, bagaimana dosa yang harus kutanggung atas perselingkuhan ini. Yang penting aku bisa menikmati kehangatan Haris dan membalas sakit hatiku pada Ardi.
Berbulan-bulan hubungan gelap itu kujalani dengan Haris. Hingga kinipun, aku dan Haris masih terus berhubungan. Kalau suami lagi nginap di rumah istri mudanya, maka Harislah yang menggantikannya untuk menghangatkan malamku. Atau kalau tidak, kami bisa melakukannya di hotel. Begitulah seterusnya hubungan terlarang ini berlanjut. Entah kapan semua ini akan kuakhiri. Yang pasti, aku menikmatinya. Sayang, kini bukan lagi karena dendam, namun rasa – rasanya aku mulai benar – benar jatuh cinta pada Haris, Demikian sebuah cerita dewasa yang kupersembahkan buat para pembaca. (BKM) – ceritacurhat.com




No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...