Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday 9 March 2011

TRILOGI CINTA

Sebenarnya aku ni jarang nak tengok drama-drama kat tv ni,baik drama melayu atau omputih,sebab cerita dia tak kena dengan jiwa aku.Banyak drama atau filem melayu sekarang cerita dia pasal hantu takpun pasal
kemewahan orang melayu dengan kereta besar,rumah besar,saudagar besar makan pun besar tapi berapa kerat sangatlah orang melayu macamtu.Kita janganlah nak menonjolkan segolongan sahaja,cerita la sikit kesusahan orang melayu kat kampong-kampong melayu tak pun orang melayu yang sedang terkepung dengan masalah politik,gejala sosial dan sebagainya.
Terdetik rasa dihati nak cerita pasal drama Trilogi Cinta yang dok hangat kat tv sekarang.Target pengarah tu nak mencapai 2 juta penonton.Trilogi Cinta adalah sebuah kisah yang diadaptasikan dari 3 buah novel hasil karya Sharifah Abu Salem,TAK SEINDAH MIMPI, TAK SEMANIS IMPIAN, TIADA LAGI MIMPI  itu lah jodolnya.Drama ini mempunyai 40 episod dan disiarkan pada setiap hari Ahad,Isnin dan Selasa pada pukul 10.00-11.00 di TV1.
Dulu aku naik menyampah tengok cerita ni,sebab benci gelagat gelagat isteri(Amieza Adnan) yang tak sedar diri,berlagak,pastu curang pulak.Tapi bila dah cacat lagi la sombong..bodoh sombong,tapi aku tabik la pada suami dia yang menjaga makan dan minum si isteri sampai ke akhir hayat,tapi kalau aku....tak tahu apa la nak cakap.


Cerita ini dilakonkan oleh Rosyam Nor,Amieza Adnan,Fauziah Ghouse dan ramai lagi lah kalau nak tulis.
Drama ini mengisahkan pergolakan rumah tangga antara Razif. Isterinya Salmi menduakan kasih dengan Amir. Ditakdirkan, Salmi kemalangan dalam satu pergaduhan dan lumpuh. Razif yang masih menyayangi isterinya, rela merujuk semula demi anak-anak mereka Amira dan Balkis.
Norjinah, yang tidak mampu meneruskan pelajaran ke universiti disebabkan kemiskinan keluarga menjadi orang gaji di rumah Razif. Dia menjaga Salmi dengan baik dan mengasihi Amira dan Balkis. Dalam diam, Badrul, adik Salmi jatuh hati pada gadis itu. Namun, Norjinah tidak bersedia menerima hasrat suci pemuda itu.

Lama kelamaan, anak-anak Razif lebih mesra dengan Norjinah berbanding ibu mereka. Salmi mula cemburu dan sering bergaduh dengan Razif disebabkan Norjinah. Akhirnya, gadis malang itu melarikan diri.
Sejak itu, Amira dan Balkis sering sakit. Akhirnya Salmi sedar akan kesilapannnya dan menyuruh Razif membawa Norjinah pulang ke rumah mereka. Bagi menebus dosa-dosanya selama ini, Salmi bersedia menerima orang gajinya sebagai madu.
Razif yang pada mulanya menolak cadangan Salmi akhirnya menerima Norjinah sebagai isterinya. Bagaimanapun pelbagai konflik dan dugaan yang terpaksa dihadapi Norjinah setelah menjadi isteri kedua.  

Konflik yang aku rasa paling membuatkan aku naik marah ialah gelagat adik ipar (adik perempuan Norjinah) yang berlagak dan cuba nak mengoda suami kepada kakak sendiri tapi nasib baiklah suami dia tak gelap mata.Bermacam-macam tipu daya digunakan tapi tup..tup kena rogol  pula oleh adik Salmi(Amieza Adnan) dan abang dia pula jadi pak sanggup....hisssss geram betul aku kat betina ni....padam muka.Saksikan episod seterusnya bagaimanakah kesudahan  cerita ini  berjaya kah Rzif menghadapi liku-liku dan konflik dalam rumah tangga nya.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...