Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday 18 March 2011

PETUA BERUMAH-TANGGA

Perkahwinan atau berumah-tangga....macam mana boleh timbul istilah rumah-tangga,mungkin diambil dari rumah,kerana setiap rumah mesti ada tangga tak kira lah tinggi atau rendah.Ada suami mesti ada isteri dan jadilah suami-isteri begitulah agaknya.Perkongsian hidup bersuami isteri ini amatlah berat bukan boleh
dipandang ringan.Kita kena tahu apa itu perkahwinan yang sebenarnya,segala kesenangan dan kesusahan di tanggung bersama...apakah kita sanggup,kalau sanggup boleh lah kahwin.Perkahwinan itu sungguh indah pada yang tahu,tapi tidak selalunya indah...seperti air ada pasang surutnya,perkahwinan banyak pancaroba,kalau nak tahu tanyalah pada orang yang dah kahwin.

Kebahagiaan rumah-tangga bukan untuk suami dan isteri sahaja..ianya milik bersama kedua ibu-bapa atau mertua.Apalah ada pada kebahagiaan kalau kedua ibu bapa kita berendam air mata,kita hidup senang-linang tapi
bagaimana orang tua kita bagaimana kedua mertua kita.Aku pasal perempuan ni cukup cerewet,masa aku muda-muda dulu terlampau banyak keinginan pada seorang perempuan maksud aku kriteria perempuan yang aku idamkan.Aku mahu yang berkulit cerah,berperwatakan seperti cina,berkulit lembut dan tinggi lampai dan yang paling penting berpinggul besar sebab kata orang tua perempuan jenis ni mudah melahirkan anak.Aku juga tak ingin menyusahkan kedua orang tua aku pasal keewangan,tapi semuanya dusta belaka aku gagal dalam penghidupan ku....korang toksah cakap la bab-bab ni tanpa campur tangan orang tua baik dari segi apa pu takkan jadi.Semua angan-angan kita tinggal kenangan belaka.Masa remaja aku ramai kenalan wanita tapi tak ada yang istimewa,perempuan ni bermacam ragam pendek kata kalau nak cerita panjang ceritanya,

INI ADALAH KISAH BENAR,
Sehingga lah pada suatu hari aku terasa berminat pada seorang budak perempuan..masa tu aku berkerja di  Bazaar Buluh Kubu dan kebetulan budak ni turut berkerja kat situ.Bos kat tempat aku kerja ni ada bermain kutu duit,setiap hari dia datang pungut duit kutu,aku tilik dan tenung pada budak ni,aku tanya nama...namanya Zah aku cakap kat dia yang dia ni cantik dia tersenyum dan terus berlalu.Aku tertarik kat budak ni sebab senyumannya memang manis tak sombong dan boleh buat ibu rumah.Pada suatu hari aku ringankan mulut untuk bertanya dari hati kehati yang aku berminat pada dia untuk dijadikan isteri,dia tersenyum dan terus pergi.Begitulah yang aku luahkan dan pada hari ketiga bila aku luahkan perasaan aku dia terus menangis aku tergaman apa salah aku dan seperti biasa diterus pergi.

Selepas dari kejidian itu dia tak datang lagi kat kedai aku aku dihantui perasaan bersalah tapi apa nak buat memang niat aku baik.Selepas beberapa minggu aku dapat tahu apa punca sebenarnya,rupa-rupanya keluarganya telah mengikat tali pertunangan dengan seorang pemuda kerana terhutang budi.Menurut yang aku tahu keluarga budak perempuan ni orang susah,segala perbelanjaah persekolah telah ditanggung oleh keluaga budak lelaki tersebut,sebagai membalas budi maka di ikatkan tali pertunangan.

Itulah cinta pertama aku dan berkubur disitu.Mulai dari itu aku merasa tawar hati untuk berkahwin,hidup aku tak tak se happy dulu bila balik kerja aku terus berkurung kat dalam bilik dan kebetulan pada aku ada satu hobby,hobby elektronik dan sehingga sekarang aku menyara kehidupan anak-anak dan isteriku.Beberapa tahun telah berlalu sehinggalah aku ditanya oleh Allayarham bapaku "toksey bini lagi ko awe kalu mati cik takleh tengok cucu" maksudnya "taknak kahwin lagi ko kalau mati ayah nanti tak sempat nak tengok cucu".Bermula dari hari itu aku diajak oleh kakak ku untuk merisik bakal isteri ku,namun tujuh calon isteri yang aku pergi risik tak sejiwa dengan aku....hisss..susahnya cari perempuan betina memang banyak.

Aku menjadi kecewa sehinggalah aku telah mengeluarkan semua duit simpanan aku kat bank untuk membaiki rumah.Kalu dah jodoh tak kemana,aku telah diajak oleh sepupu sebelah abang ipar aku untuk melihat seorang budak perempuan,setelah ditetapkan hari dan waktu aku pun pergi.Pesan orang tua-tua kalau nak lihat perempuan tengoklah pada kakinya baru kat muka.Setelah sampai kat rumah budak tu kami dijemput naik.Keluarlah seorang budak perempuan sambil membawa sedulang air,aku lihat kaki dan rentak perjalanan....aku bermohon petunjuk darimu ya Allah seandainya ini jodohku berikanlah petunjuk kepadaku
aku bertekad walau bagaimana rupa parasnya aku redha,Allah maha kaya aku melihat rupanya dan memang inilah jodohku itupun kalau dia suka kat aku.Setelah tamat tempoh yang diberi oleh keluarga perempuan maka
jawapannya sungguh mengejutkan aku....perempuan itu setuju nak ambil aku jadi suaminya,aku bertunang dan berkahwin,allhamdulillah berkekalan sampai sekarang.
                                                                     Anak keempat aku


Kita ke subjek yang aku nak ceritakan yang sebenarnya,bila masuk kealam rumah tangga...ingat ada tiga pihak yang cuba nak kontrol kita,pertama isteri kita,kedua ibu-bapa kita dan ketiga ibu dan bapa mertua kita.Pada tahap ini kita kena yakinkan diri kita yang kita adalah ketua kita berhak menentu hala-tuju rumah tangga kita.Isteri akan cuba untuk mengawal kita supaya mendengar segala perintahnya,kedua ibu bapa kita pun begitu ia akan menyuruh kita mendengar dan mengawal segala pergerakkan kita supaya tidak terikut dengan arahan isteri kita kerana ia sayang kepada kita sebagaimana sebelum kita berkahwin.Pihak ketiga adalah kedua mertua kita,mereka juga da peranan untuk memastikan kita mengikut segala arahannya dan mempergunakan anak perempuanya yang kebetulan isteri kita kita sebagai suami harus bertindak bijak jangan sampai melukai hati ketiga-tiga pihak ini,itu terserah kepada kebijaksanaan korang.


Biar ada sedikit prasangka pada isteri dan kedua ibu-bapa kita.Aku pernah melakukkan semasa beberapa minggu aku kahwin.Setiap hari bila tiba waktu rehat aku balik makan kat rumah,masa tu aku belum ada anak lagi jadi tak lah sibuk sangat.Aku matikan enjin motor aku kat luar kawasan  lebih kurang 500 meter macam tu..aku berjalan dan menyiasat apa yang dibualkan oleh kedua orang tua ku dengan menantunya,bagaimana pertuturan mereka dan begitulah beberapa hari aku buat macam tu,bukan untuk mencari kesalahan pada sebelah pihak sahaja macam aku cakap rumah tangga adalah perkongsian hidup bersama,jadi suami kena bijak kena banyak ilmu belajarlah dari orang -orang yang lebih tua dari kita kerana mereka lebih banyak pengalaman.....

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...