Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday 2 March 2011

PERITNYA KEHIDUPAN ORANG MISKIN


Sebut pasal miskin semua orang akan boleh gambarkan betapa peritnya penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mereka ini,tapi tidak semua orang bersifat demikian,ada orang menganggap golongan ini menyusahkan kerana sering meminta-minta, tapi salahnya kerana ia meminta haknya dari kita.Kita seringkali terlupa atau buat-buat lupa,rupa-rupanya ada hak orang lain dalam hak kita.Allah
memberi kekayaan keatas kita supaya untuk dibahagi-bahagikan kepada orang miskin,kita sepatutnya rasa bertuah kerana Allah memilih kita ada mempunyai kepandaian,pemikiran yang bagus berbanding dengan orang lain.Sukar rasanya untuk diterima oleh akal bagaimana harta yang kita cari siang dan malam tiba-tiba ingin dikongsi oleh orang lain.Dalam soal begini memang pahit untuk dilalui namun terpaksa kerana islam yang menyuruh kita mengeluarkan sebahagian dari harta kita untuk orang miskin yang dipanggil zakat ia merupakan kewajiban untuk umat islam.
Kalau kita boleh memahami konsep zakat maka tidak berat untuk kita melakukannya.Zakat itu menyuburkan,kalau kita mengeluarkan zakat hakikatnya harta kita bertambah,bertambah dari segi kuantiti dan keberkatan,kerana keberkatan itu amat penting bagi kehidupan kita seharian.Kita boleh merasakan apa itu  keberkatan, bagaimanakah perasaan kita tak tenang sedangkan harta banyak,segala apa yang dihajati semuanya tercapai tapi hidup kita tak bahagia,sering berlaku perkara yang tak diingini seperti kecurian,tapi ada orang berkata rumah orang miskin pun sering berlaku kecurian..maka jawabnya itu mungkin ujian Allah,kerana Allah menguji kita melalui dua jalan,kesenangan atau kesusahan.
Dalam kehidupan kita ada bermacam dugaan.Ada satu cerita bagaimana ada seorang kaya yang kikir yang mempunyai seorang isteri yang pemurah.Pada suatu hari ada seorang fakir miskin datang kerumah orang kaya tersebut dan kebetulan orang kaya tersebut sedang makan,maka isterinya meminta izin dari suaminya untuk memberi sedikit makanan  kepada peminta sedekah tersebut tapi dimarahi oleh suaminya yang lebih malang lagi suami menyuruh isterinya menghalau peminta sedekah tersebut.Masa terus berlalu,orang kaya tadi telah bertukar menjadi miskin dengan izin Allah boleh jadi diatas sikapnya yang sombong dan kikir.Kemiskinannya berlarutan sehingga ia terpaksa menceraikan isterinya dan hiduplah orang kaya tadi dalam dunia yang berbeza kerana sekarang dia telah menjadi peminta sedekah.Pada suatu hari ia mendapat tahu disebuah kampong ada seorang kaya yang pemurah,lalu ia pergi kerumah tersebut,setelah memberi salam maka keluarlah seorang wanita cantik,terkejut peminta sedekah tersebut kerana perempuan itu adalah bekas isterinya.Kerana malu ia bergegas keluar tapi dihalang oleh suami wanita tersebut,sekali lagi ia terkejut kerana suami wanita itu ialah peminta sedekah yang pernah dihalau olehnya beberapa tahun dahulu.Begitulah dunia,ia sering berputar kejap kita diatas kejap kita dibawah.
Kita sering baca dalam akhbar dan lihat dikaca-kaca tv berbagai agenda dan program telah dilakukan oleh kerajaan melalui perbagai agensi seperti JKM (jabatan kebajikan masyarakat),Yayasan Basmi Kemiskinan(sebuah badan bukan kerajaan) dan banyak lagilah kalau nak dikira,yang menjadi persoalan sejauh manakan program tersebut  sampai ketempatnya.Kita  jugasering mendengar rungutan dari orang miskin kerana tak terpilih,sedangkan hidupnya memang susah.Persoalnya mengapa secara tiba-tiba bila keluar kat tv mulalah sibuk dan buat-buat sibuk dan masing-masing sibuk menunding jari orang ini dan orang itu..mana sudahnya.Semua orang harus memainkan peranan seperti Penghulu,Tuan iman,orang yang berharta(kaya) dan badan kerajaan yang dilantik turun padan tinjau dimana ada orang yang memerlukan khidmat anda,jangan jadi  slogan hidup biar sedap sedangkan orang lain azab,kita telah diamanahkan untuk berkidmat jalankan amanah kita kalau tak mahu dipersoalkan diakhirat kerana hidup kita bukan berakhir disini...jumpa diSANA......
APA PERASAAN ANDA? SUKA,SEDIH ATAU SEBALIKNYA DAN ADAKAH IA JADI BEBANAN......
             YA ALLAH BIARLAH AKU MISKIN TAPI JAUHILAH AKU DARI KEKUFURAN
                          AJARKAN ANAK-ANAK KITA SUPAYA SUKA BERSEDEKAH







P/S:JADILAH ORANG MISKIN YANG MISKIN PADA HARTA TAPI KAYA PADA IMAN

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...