Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 10 March 2011

BILA AKAL GAGAL BERFUNGSI

Akal ialah anugerah Allah terhadap manusia, dengan akal lah membezakan kita dengan  binatang.Binatang bertindak dengan tindakkan keterlaluan kerana ia tiada akal,begitulah manusia jika akal gagal berfungsi tindakan nya akan jadi sama seperti binatang.Manusia ialah makhluk Allah paling mulia, lantaran itu manusia ditugaskan untuk mentadbir alam
ini.Dalam suatu kerja ibadat seperti sembahyang hanya orang yang waras sahaja diwajibkan dan tidak keatas orang gila.Kita tidak boleh sembahyang bila kita mabuk,begitulah pentingnya akal dalam perkiraan kita sebagai manusia.

Menerusi akal manusia boleh berfikir mana yang baik dan buruk,menerusi akal juga kita boleh maju kerana orang hilang akal tidak boleh berfikir untuk kemajuan diri dunia dan akhirat.Al-Quran memberikan kedudukan yang istimewa kepada akal. Islam menjadikan berfikir sebagai satu kemestian ke atas semua manusia. Berfikir dianggap sebagai bentuk ibadah yang tertinggi. Perkara ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud: Mereka yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak jadikan semua ini sebagai satu kebatilan, maha suci Engkau. Maka lindungilah kami daripada azab neraka, surah al-Imran, ayat 190.

Dengan akalan yang sihat kita dapat mengkaji,memajukan teknologi dalam bidang sains sekali gus dapat menambah keyakinan kita akan kekuasaan Allah.Pemikiran yang sihat dapat menjauhi kita dari tipu daya orang yang lebih maju dari kita,sekali gus dapat menghindari dari dijajah dan diperhambakan.Kita dapat lihat hari ini ramai anak-anak muda dilalaikan dengan dadah dan arak dan bagaimanakah kita mengharapkan golongan seperti ini untuk mentadbir sebuah kerajaan,habislah dijualkan segala kekayaan negara.

Oleh itu, Allah s.w.t memandang rendah mereka yang tidak menggunakan anugerah akal fikiran yang diberikan untuk mengenal dan mendekatkan diri kepada-Nya. Mereka dihumbankan kepada kedudukan yang lebih hina daripada haiwan ternakan. Ini kerana mereka hanya menggunakan segala anugerah Allah s.w.t untuk kesenangan dan kemewahan duniawi semata-mata, seterusnya lalai daripada tujuan asal mereka dijadikan iaitu untuk mengenal dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Akal itu bukan otak,kalu akal sama dengan otak maknanya banyak makhluk yang berkaki itu cerdik.Otak itu untuk berfikir manakala akal untuk menilai mana yang buruk dan baik,kita merti tertanya kenapa ada haiwan yang cerdik, mudah untuk diajar contohnya beruk.Melalui latihan dan ajaran beruk mampu mendengar arahan dari tuannya,tapi sejauh mana makhluk yang bernama beruk ini cerdik kerana akhirnya menjadi hamba kepada manusia, begitulah kalau kita manusia ada akal tapi rosak akalannya maka mudah diperkudakan oleh orang lain.

Otak itu hanya sebahagian daripada organ dalam tubuh sesuatu makhluk. Ia terletak di bahagian atas dalam kepala. Fungsinya ialah untuk menerima (mengkaji/bertindak) ke atas sesuatu rangsangan daripada pancaindera, hati, mata, hidung, telinga dan lain-lain.



Kegunaan dan fungsi otak terbatas kepada apa yang dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera-pancaindera itu (manusia) sahaja. Dalam erti kata lain, otak hanya boleh menterjemahkan apa yang sudah wujud dan nyata sahaja. Tetapi tidak boleh memikirkan (ma'rifat) tentang sesuatu kejadian disebalik (maujud) itu.
Lain dengan akal. Kegunaan dan fungsi akal lebih luas dari itu. Akal bukan cuma boleh menerima dan memikir terhadap apa yang maujud, tetapi juga boleh menyelami apa yang belum wujud. Akal boleh menjangkau ke alam-alam ghaib kerana ia mempunyai hubungan (sentuhan) langsung dengan Allah. Keadaan ini tidak berlaku kepada otak. Satu persoalan lagi kalau otak itu akal, akal itu otak, ini bermakna semua makhluk di dunia ini mempunyai tahap kedudukan, kecerdikan dan kepintaran yang sama. Ini bermakna semua isi alam ini berada dalam darjat yang sama! Tetapi hakikatnya tidak begitu, yang diakui sebagai sebaik-baik kejadian hanya manusia.
Kesimpulannya, tugas akal yang paling mulia ialah apabila ia digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Apabila melihat kepada kejadian alam yang begitu hebat, tersusun dan indah ini, sewajarnyalah terdetik di hati kita ingatan terhadap Allah s.w.t yang Maha Agong yang mencipta alam ini.
Hasil daripada ingatan yang berterusan inilah manusia akan sentiasa hidup dalam lindungan rahmat Allah s.w.t, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Maka ingatilah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.
Oleh itu lihatlah kepada manusia, langit, bumi, kereta, komputer dan semuanya dan jadikanlah ia sebagai perantara untuk kita mengingati Allah s.w.t.

                                                         BILA AKAL GAGAL BERFUNGSI

                                                            Orang lain menjadi mangsa





No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...