Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 17 February 2011

FACE BOOK PUNYA CERITA


ANGKARA FACE BOOK

Aku gie beli roti kat Petronas..n aku terpandang MW untuk minggu nie nyer…so tajuk kat depannyer ade tertulis “ANKGARA FACEBOOK ISTERI MEMBENCI SUAMI” telah menarik perhatianku untuk aku membeli majalah berkenaan…bagus jugak nie…mungkin kita boleh menjadikan kisah berkenaan sebagai salah satu contoh apabila teknologi yang sedia ade tetapi telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak…so aku ringkaskan kisah berkenaan.
.(kredit untuk Mingguan Wanita)

Kini Mahkamah Syariah mula menerima kes2 penceraian yang membabitkan penyalangunaan Facebook ini. Namun situasi diluar jangkaan berlaku apabila kes-kes ini kebanyakannya berpunca...

Untuk maklumah ustaz, saya  berkahwin dengan isteri saya seorang janda anak satu. Perkenalan dan perkahwinan saya dengan isteri saya ni menyebabkan saya berpisah dengan kekasih saya. Namun selepas saya berkahwin dengan isteri saya, saya masih lagi terus berhubung dengan bekas kekasih saya melalui sms, tapi jarang-jarang ber sms. Isteri saya tahu akan hal ini, dah sering kami bergaduh disebabkan hal ini.


Saya seorang yang sukar untuk marah, so setiap kali bergaduh, isteri saya yang marah saya dengan kata-kata kesat dan kasar. Tapi saya hanya mendiamkan diri sebab saya tak nak keadaan menjadi lebih parah. Saya dengan isteri saya hanya berjumpa pada hari minggu sahaja sebab saya bekerja di KL, manakala isteri saya bekerja swasta di sebuah negeri lain.


Masuk bulan kedua perkahwinan, pergaduhan isu sama berlaku lagi apabila isteri saya terbaca mesej yang dihantar oleh bekas kekasih saya di dalam hp saya. Hanya mesej bertanya kabar sahaja dan tidak lebih dari itu. Namun marahnya sehingga mengeluarkan kata-kata kasar kepada saya. Untuk pengetahuan ustaz, isteri saya suka melayari laman internet......


Benarkah kadar penceraian di Malaysia meningkat angkara laman sosial terbesar di dunia sekarang ini, Facebook?
Memang tidak ada kajian khas dilakukan dalam menangani isu ini sebenarnya, namun, jika dilihat secara rambang, jaringan sosial dalam Internet seperti Facebook, Twitter dan Myspace ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah.
Menurut maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.
Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.
KUALA LUMPUR: Pertemuan semula dengan kekasih lama yang dijejak melalui laman sosial facebook menyebabkan seorang isteri hilang pedoman apabila lari meninggalkan suaminya untuk tinggal bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya itu.

Lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya.

Bertindak atas laporan suaminya, wanita itu bersama bekas teman lelakinya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam, Rabu lalu.

Sumber Jais berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih terbabit gagal membuktikan mereka mempunyai ikatan sah mengikut hukum syarak apabila disoal siasat.

“Mereka dibawa ke pejabat Jais untuk siasatan lanjut dan sebelum dibebaskan dengan jaminan mulut,” kata 

Dari beberapa petikan diatas kita merasa amat bimbang tentang gejala sosial yang berlaku.Kita mungkin suami,isteri
atau remaja baik lelaki atau perempuan tak mengira bangsa atau agama tentu amat merasa takut jika ia berlaku keatas keluarga kita,begitu jijik perlakuannya.Jika kita seorang suami yang selalu kerja outstation tentu akan merasa gelabah atau keluh-kesah jika selalu meninggalkan isteri,apa yang dibuat oleh isteri kita atau anak-anak sepeninggalan kita,pokok-pangkalnya didikan asas serta kawalan dari kita sebagai ketua keluarga.Selalulah berbual dengan ahli keluarga kita bertanya masalah mudah-mudahan dapat menghindarkan gejala negatif tersebut.

Ada pasangan yang beberapa jam baru berkahwin isteri lari mengikut bekah kekasih atau kenalan yang baru dijejaki dekat laman sesawang,kita berharap pihak kerajaan dapat mengawal segala perlakuan dengan adanya pemantauan 
oleh pakar-pakar Jenayah Siber.Dengan kehadiran handphone yang dipanggil telefon pintar yang tersedia ada aplikasi seperti Face Book,Twitter.Tidak hairanlah jika sesetengah negara mengharamkan penggunaan telefon tersebut,dasar keterbukaan kerajaan untuk meluluskan penggunaannya mungkin penyebab walaupun dalam peratusan yang kecil.Kita tak dapat hendak menyalahkan seratus- peratus pada laman tersebut pokok pangkalnya kita,tapi sifat manusia bila dah ada nak mencuba,lama-lama suka dan berakhirnya dengan duka.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...